Apabila menyebut ramuan paling tidak digemari dalam masakan atau sayur paling dibenci zaman kanak-kanak, sudah pasti ramai yang memberi jawapan daun ketumbar. 

Ketumbar merupakan sayur berkhasiat yang kaya antioksidan dan digunakan dengan meluas dalam masakan Thai serta kebanyakan negara Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Timur, Mexico dan Rusia.

Ketumbar dengan nama saintifik Coriandrum sativum merupakan sejenis tumbuhan herba dalam keluarga Apiacea, salah satu antibakteria yang mampu mencegah jangkitan koronavirus.

Unsplash/Gambar Hiasan

Bau ketumbar mempunyai nuansa sitrus yang dipengaruhi kimia linalool. Oleh itu, ketumbar memberikan persepsi bau dan rasa yang berbeza kepada setiap orang.

Ada orang yang mendapati bau ketumbar sangat harum dan segar seperti bau dan rasa sitrus, manakala ada kalangan yang sangat membenci kerana mereka mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur yang mereput.

Maka tidak hairan wujud kumpulan yang dipanggil ‘I Hate Coriander’ atau ‘Saya Benci Ketumbar’ di Twitter, Facebook dan Instagram dengan lebih 250,000 orang yang menyatakan kebencian mereka kepada daun ketumbar.

 

View this post on Instagram

 

What a site 🖕🏽🌿 #ihatecoriander #thecolleseum

A post shared by IHC (@i.hate.coriander) on

Sesuatu yang dirasakan agak lucu bagi penggemar ketumbar yang boleh memakannya mentah-mentah sebagai ulam, mengisarnya sebagai jus atau memasukkan daun, batang dan akarnya ke dalam sup tomyam.

Tetapi kebencian golongan ini kepada ketumbar dan baunya sebenarnya bersebab dan ia tidak boleh dipandang remeh kerana kita perlu membincangkannya mengikut pandangan sains.

Ketumbar mengandungi kompaun aldehid yang tinggi yang mana ia terdapat dalam sabun dan sesetengah serangga. Contohnya kompaun aroma dari kumpulan (E)- 2-alkenals dan aldehid tidak tepu seperti decanal, decenal.

Pixabay/Gambar Hiasan

Jadi, mengapa terdapat dua golongan yang merasakan bau ketumbar adalah harum dan tidak pelik, manakala yang satu lagi mengatakan bau ketumbar itu busuk dan pelik?

Kerana sebenarnya ia dipengaruhi oleh genetik seseorang itu.Terdapat kluster gen yang mempengaruhi persepsi rasa manusia, seperti contoh gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif kepada kompaun aldehid.

Maka, sekiranya seseorang itu memiliki variasi gen OR6A2, mereka akan sangat sensitif kepada bau aldehid.

I Hate Coriander/Facebook

Dan sekiranya golongan variasi genetik OR6A2 bertemu ketumbar, mereka akan dapat menghidu bau aldehid sabun, serangga dan sayur mereput, sedangkan orang lain sebenarnya dapat menghidu bau sitrus daripada linalool yang segar dan harum.

Menurut kajian, terdapat antara 14 hingga 21% orang Asia, Caucasian dan Afrika yang tidak menyukai ketumbar. Manakala 3 hingga 7% orang Asia Barat, Asia Selatan, Amerika Selatan dan Timur Tengah yang tidak menggemari bau ketumbar. 

 

View this post on Instagram

 

It’s quite an easy choice… #ihatecoriander #coriander #coronavirus

A post shared by IHC (@i.hate.coriander) on

Untuk makluman, 24 Februari setiap tahun diperingati sebagai ‘Hari Saya Benci Ketumbar’ atau ‘I Hate Coriander Day’ bagi meraikan pembenci-pembenci ketumbar di seluruh dunia. 

Walaupun anda semua pembenci ketumbar, kini ramai pencinta ketumbar yang memahami kesukaran anda apabila berdepan dengan ketumbar kerana sudah semestinya ia bersebab.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular