Kira-kira berapa lama masa yang anda perlukan untuk menyediakan minum petang biasanya? Terkadang tanpa kita sedari kita mengambil masa yang panjang hanya untuk menyediakan menu minum petang buat keluarga walaupun menu tersebut mudah sahaja. Jadi, apa kata kalau kali ini anda menyediakan sesuatu yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Apa yang paling penting hidangan anda sedap dan digemari oleh seisi keluarga.

Apa yang boleh dibuat ialah dengan mencuba resipi yang dikongsikan oleh Femmy Jussip ini. Ianya mudah dan paling penting cepat untuk disediakan. Bahan yang diperlukan hanya dua; kulit popia dan pisang. Bagaimana pula dengan cara membuatnya?

1.Sediakan kulit popia dan pisang masak.

2. Letakkan sedikit gula sebagai penambah rasa dan balutkan pisang dengan kulit popia.

3. Goreng pisang tersebut di dalam minyak panas.

4. Popia pisang kini sudah boleh dihidangkan kepada ahli keluarga.

Mudah bukan? Dengan sekelip mata sahaja hidangan enak ini sudah tersedia. Anda juga boleh mengajar anak kecil anda cara menyediakannya dan mereka pastinya teruja dapat melakukannya sendiri. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular