Jumlah kes wabak Koronavirus yang dilaporkan setiap hari semakin meningkat. Tiada pengurangan dalam jumlah laporan malah setiap hari angka kes terus bertambah dan lebih banyak negara terlibat dalam masalah ini. Menurut Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, wabak COVID-19 telah menjadi pandemik global dan akan menjadi teruk pada masa akan datang.
DALE DE LA REY/AFP via Getty Images
Ancaman ini membuatkan ramai yang bimbang mengenai kelangsungan hidup mereka. Orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya untuk mendapatkan barang keperluan harian termasuk makanan. Mereka seolah-olah panik sehingga sanggup bepusu-pusu dan beratur panjang untuk masuk ke pasar raya seperti yang berlaku di Johor Bahru apabila dibanjiri warga Singapura yang datang untuk mendapatkan keperluan harian mereka di sana.
MARK RALSTON/AFP via Getty Images
Antara keperluan yang habis ‘diborong’ di kebanyakan tempat ialah kertas tandas, topeng, sabun basuh tangan, mi segera dan makanan di dalam tin.
Bob Cooper, seorang pengajar kelangsungan hidup Australia Barat telah menyediakan senarai keperluan yang perlu disediakan oleh sesebuah negara untuk berhadapan dengan virus ini.
JUAN BARRETO/AFP via Getty Images
Cooper memberitahu Daily Mail Australia bahawa orang ramai harus sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan masalah kekurangan makanan bukan hanya kerana Koronavirus tetapi juga daripada insiden seperti cuaca yang melampau dan masalah bekalan elektrik yang boleh buatkan kita terputus daripada keperluan hidup.
Walaupun Australia masih belum mengalami peningkatan kes yang ketara, Cooper menggalakkan rakyat negara itu untuk bersiap sedia lebih awal. Menurutnya orang Australia perlu mula membeli barangan keperluan seperti makanan kering, pasta, bijirin serta tepung.
Menurut Cooper lagi, adalah lebih baik jika orang ramai menyimpan lebih banyak sayur-sayuran berbanding makanan berprotein. Hal ini kerana sayur-sayuran membentuk 2/3 makanan kita. Sayur-sayuran berakar boleh dikeringkan dan digunakan kemudian.
Selain Cooper, ahli virologi dari University of Queensland, Dr Ian MacKay dan Dr Catherine Arden juga telah menyenaraikan keperluan yang perlu dibeli untuk berhadapan dengan pandemik COVID-19. Berikut adalah beberapa keperluan yang disenaraikan:
- Ubat-ubatan preskripsi tambahan, inhaler asma
- Ubat tahan sakit dan anti-demam
- Produk kebersihan feminin
- Tisu tandas
- Vitamin
- Pembersih tangan yang mengandungi alkohol
- Agen pembersih rumah dan sabun
- Tisu
- Bijian, bijirin, kekacang dan pasta
- Makanan di dalam tin- ikan, sayur-sayuran, buah-buahan
- Minyak, rempah-ratus dan perisa
- Buah-buahan kering dan kacang
- Susu
- Minuman ringan, gula-gula dan coklat
- Makanan dan keperluan haiwan
Costco in Adelaide today (not my photos). All checkouts open with 40 minute wait (normally 5), lineup half the length of the building, with pallets of toilet paper flying out the door. There are only 3 confirmed cases of #coronavirus, with 2 recovered, in South Australia. pic.twitter.com/3kHPnMS1af
— Joseph Skewes (@josephskewes) March 1, 2020
Costco stores are flooded with customers buying health care items in bulk as fears of the coronavirus outbreak spread across the U.S. pic.twitter.com/3bcihAZAfL
— NowThis (@nowthisnews) March 1, 2020
Maybe you're interested :
- “Jika ada pertanyaan, sila tanyakan kepada kucing ini,” pemilik kedai selamba tinggalkan kedai kerana percaya ia akan dijaga oleh kucingnya
- Tidak mahu membazir ikan peliharaan yang telah mati, wanita ini nekad masak sup ikan koi Jepun!
- Hubungan dengan Rejim Komunis China semakin rapat, penyebaran ‘virus PKC’ semakin teruk