CHINA- Hospital-hospital sementara di bandar Wuhan dikatakan telah berhenti daripada membenarkan mana-mana pesakit keluar dari hospital. Hal ini kerana berlaku sebuah kematian melibatkan bekas pesakit COVID-19 yang telah dibenarkan keluar hospital.

STR/AFP via Getty Images

Akibat wabak itu, pihak berkuasa China telah menggunakan stadium, gim sekolah dan pusat pameran di seluruh negara bagi dijadikan hospital sementara untuk merawat mereka yang memiliki simptom ringan dan sederhana. Walau bagaimanapun sesetengah pesakit melaporkan bahawa keadaan di situ tidak bersih dan rawatan perubatan yang diberikan adalah terhad.

Sementara itu, ada pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang dikatakan mengalami simptom yang berulang. Menurut Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wilayah Guangdong, Song Tie, 14 peratus pesakit Koronavirus yang dibenarkan keluar dari hospital telah mengalami sakit yang berulang dan mereka berpotensi menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

STR/AFP via Getty Images

Kematian secara tiba-tiba

Seorang bekas pesakit COVID-19, Li Liang, 36, yang tinggal di daerah Qiaokou di Wuhan dilaporkan telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Menurut isterinya, Mei, suaminya mati akibat wabak tersebut sehingga menyebabkan Li mengalami kesukaran untuk bernafas, saluran udaranya tersekat yang akhirnya membawa kepada kematian secara tiba-tiba.

Menurut Mei suaminya menerima imbasan CT pada 4 Februari di mana doktor mendapati bahawa Li mengalami radang paru-paru dan disyaki menghidap Koronavirus. Selepas didiagnosis Li dimasukkan ke hospital sementara Hanyang pada 12 Februari. Pada 23 Februari pula sebuah lagi imbasan CT menunjukkan hampir keseluruhannya paru-paru dijangkiti virus.

Tetapi selepas 13 hari rawatan, suhu badannya normal selama lebih daripada tiga hari, sementara ujian diagnostik kembali negatif Koronavirus selama dua hari berturut-turut. Hospital itu kemudiannya membenarkannya pulang pada 26 Februari.

Li kemudian dihantar ke pusat kuarantin di Hotel Vienna berikutan peraturan baru pihak berkuasa Wuhan yang menetapkan bahawa semua pesakit yang keluar hospital perlu ditempatkan di pusat kuarantin selama 14 hari. Mereka yang benar-benar pulih selepas 14 hari akan dibenarkan pulang ke rumah.

Mei kemudian memberitahu bahawa Li ada mengatakan bahawa dia mula merasa dahaga dan perutnya kembung bermula pada 28 Februari. Pada 2 Mac Li berkata badannya lemah dan dia tidak lapar walaupun tidak makan sepanjang hari. Mei kemudian menghubungi doktor di pusat kuarantin dan bertanya mengenai keadaan Li dan doktor memberitahu bahawa Li mungkin tertekan. Pada sebelah petangnya Li dihantar ke hospital dan meninggal di sana pada jam 5.08 pagi.

STR/AFP via Getty Images

Tindakan Hospital

Pada 5 Mac, beberapa saluran media China melaporkan bahawa hospital-hospital sementara di Wuhan telah berhenti membenarkan pesakit keluar. Pegawai perubatan hanya akan membenarkan pesakit keluar apabila mereka menunjukkan empat kriteria;

  1. Suhu tubuh mereka telah normal selama tujuh hari;
  2. Dua kali diagnostik menunjukkan keputusan negatif;
  3. Imabasan CT menunjukkan keadaan paru-paru telah membaik; dan
  4. Kadar ketepuan oksigen dalam darah mesti 95 peratus atau lebih tinggi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular