Salah satu menu yang sangat mudah dihasilkan tetapi sedap untuk dimakan adalah menu roti tortilla gulung dengan ayam atau lebih dikenali sebagai chicken wrap.

Menu ini begitu mudah untuk dihasilkan kerana roti tortilla untuk wrap sudah begitu banyak dijual di pasar raya dengan harga yang murah dalam satu pek. Tambahan pula, cara penyediaannya yang mudah juga membolehkan sesiapa sahaja untuk menghasilkannya, walaupun seseorang itu tidak mahir dalam bidang memasak!

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi dengan anda satu resipi roti tortilla gulung dengan ayam yang dikongsikan oleh laman Cempedak Cheese di Facebook, kredit diberi kepada “koleksi Resepi Kuih Muih”.

Untuk penghasilan menu yang lebih sihat, anda juga boleh cuba menggantikan ayam goreng dengan ayam bakar!

Jom cuba!

Bahan-bahannya:

1. Satu pek roti tortilla 

2. Isi ayam bahagian dada yang dipotong kecil

3. 7-8 sudu tepung ayam goreng serbaguna

4. 6-7 keping daun salad

5. Sebiji tomato

6. Setengah batang lobak merah

7. Setengah batang timun

8. Satu pek keju cheddar

9. Mayonis

10. Sos thousand island

Cara-caranya:

1. Hiris halus daun salad, lobak merah dan timun serta potong dadu tomato. Ketepikan.

2. Goreng isi ayam dengan menggunakan tepung ayam goreng serbaguna. Ketepikan.

3. Bakar seketika roti tortilla di dalam oven kira-kira 2-3 minit (atau masak roti tortilla seketika di atas kuali tidak melekat, tanpa menggunakan minyak kira-kira 2-3 minit)

4. Sapu rata mayonis di atas roti tortilla

5. Letakkan sayur salad, lobak merah, timun, tomato serta ayam goreng dengan susunan memanjang seperti di dalam gambar.

6. Letakkan sos thousand island di atas bahan-bahan tadi sebelum meletakkan kepingan keju cheddar yang dipotong 2-3 bahagian

7. Gulungkan roti tortilla dan menu mudah ini sedia untuk dimakan!

Selamat mencuba!

Sehingga entri ini dihasilkan, perkongsian resipi ini telahpun mendapat lebih dari 4,100 perkongsian, lebih dari 2,400 reaksi dan 807 komen.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular