- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Masak nasi goreng dalam periuk nasi elektrik, guna bahan minima tanpa perlu menggoreng

Periuk nasi elektrik sudah lama menjadi salah satu peralatan elektronik paling berguna dan serba boleh dalam kerja memasak yang mampu anda gunakan di mana sahaja.

Selain memasak nasi yang biasa, anda juga boleh memasak pelbagai resipi lain dalam periuk nasi elektrik sekiranya anda bijak mempelbagaikan kreativiti mencipta resipi.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook [1] bernama Leslie Koh [1] yang memasak nasi goreng tanpa perlu menggoreng di dalam periuk nasi elektrik dengan resipi mudah yang menjadi tular.

Leslie Koh/Facebook [2]

Ikuti resipi Nasi Goreng Sosej dan Telur di bawah.

Bahan-bahan :

Leslie Koh/Facebook [3]

Cara-cara penyediaan :

1.Basuh 2 cawan beras, bilas dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.

Leslie Koh/Facebook [4]

2.Cincang kecil 3 ketul sosej ayam dan masukkan bersama beras. Hiris juga daun bawang dan asingkan.

Leslie Koh/Facebook [5]

3.Tuangkan satu sudu besar kicap cair dan satu sudu besar minyak bijan.

Leslie Koh/Facebook [6]

Leslie Koh/Facebook [7]

4.Masukkan 1 setengah cawan (250 ml) stok ayam dan air dengan sukatan 1 cawan beras.

Leslie Koh/Facebook [8]

5.Kacau rata dan sebati beras bersama bahan-bahan tadi.

Leslie Koh/Facebook [9]

6.Tutup periuk nasi dan tekan butang ‘cook’ seperti memasak nasi biasa.

Leslie Koh/Facebook [10]

7.Sementara menunggu nasi masak, pukul 3 biji telur dan tuang ke atasnya apabila nasi telah masak.

Leslie Koh/Facebook [11]

Leslie Koh/Facebook [12]

8.Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi goreng dalam mod ‘keep warm’ selama 10 minit.

Leslie Koh/Facebook [13]

9.Selepas 10 minit, hias serta perasakan nasi goreng dengan daun bawang bersama serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau rata.

Leslie Koh/Facebook [14]

Leslie Koh/Facebook [15]

10.Nasi goreng sosej dan telur tanpa perlu goreng kini sudah pun siap untuk hidangan 2 hingga 3 orang.

Leslie Koh/Facebook [16]

Resipi nasi goreng yang mudah dan bersih tanpa perlu mengotorkan dapur rumah anda dengan percikan minyak atau serpihan nasi yang bertaburan.

Hanya dengan menyediakannya di dalam periuk nasi elektrik, anda boleh menikmati hidangan nasi goreng yang lazat dan menyelerakan. Selamat mencuba!

loading...