Periuk nasi elektrik sudah lama menjadi salah satu peralatan elektronik paling berguna dan serba boleh dalam kerja memasak yang mampu anda gunakan di mana sahaja.
Selain memasak nasi yang biasa, anda juga boleh memasak pelbagai resipi lain dalam periuk nasi elektrik sekiranya anda bijak mempelbagaikan kreativiti mencipta resipi.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Leslie Koh yang memasak nasi goreng tanpa perlu menggoreng di dalam periuk nasi elektrik dengan resipi mudah yang menjadi tular.
Ikuti resipi Nasi Goreng Sosej dan Telur di bawah.
Bahan-bahan :
- 2 cawan beras
- 3 sosej ayam
- 3 biji telur ayam
- 250 ml stok ayam
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- Serbuk lada hitam
- Daun bawang
Cara-cara penyediaan :
1.Basuh 2 cawan beras, bilas dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
2.Cincang kecil 3 ketul sosej ayam dan masukkan bersama beras. Hiris juga daun bawang dan asingkan.
3.Tuangkan satu sudu besar kicap cair dan satu sudu besar minyak bijan.
4.Masukkan 1 setengah cawan (250 ml) stok ayam dan air dengan sukatan 1 cawan beras.
5.Kacau rata dan sebati beras bersama bahan-bahan tadi.
6.Tutup periuk nasi dan tekan butang ‘cook’ seperti memasak nasi biasa.
7.Sementara menunggu nasi masak, pukul 3 biji telur dan tuang ke atasnya apabila nasi telah masak.
8.Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi goreng dalam mod ‘keep warm’ selama 10 minit.
9.Selepas 10 minit, hias serta perasakan nasi goreng dengan daun bawang bersama serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau rata.
10.Nasi goreng sosej dan telur tanpa perlu goreng kini sudah pun siap untuk hidangan 2 hingga 3 orang.
Resipi nasi goreng yang mudah dan bersih tanpa perlu mengotorkan dapur rumah anda dengan percikan minyak atau serpihan nasi yang bertaburan.
Hanya dengan menyediakannya di dalam periuk nasi elektrik, anda boleh menikmati hidangan nasi goreng yang lazat dan menyelerakan. Selamat mencuba!
Maybe you're interested :
- Tandas begitu kotor tiada siapa yang urus, beberapa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Sabah berpakat membersihkannya sendiri
- Parti Komunis China didapati tetap meneruskan aktiviti jenayah penuaian organ manusia walaupun dalam keadaan wabak yang menular
- Terbaring ‘nipis’ seperti permaidani, gambar kucing yang sedang menjalani ujian sinaran X. Lucu betul!