IRAN – Kerajaan Iran mengambil keputusan untuk membebaskan lebih 54,000 banduan yang telah ditahan di penjara sebagai satu usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam penjara yang sesak.

Menurut jurucakap kehakiman, Gholamhossein Esmaili, banduan-banduan ini dibenarkan untuk keluar penjara sebaik sahaja disahkan tidak dijangkiti dengan wabak tersebut dan setelah membayar ikat jamin.

Bagaimanapun, pembebasan tahanan penjara ini hanya termaktub kepada banduan yang dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun sahaja.

Di Iran, terdapat lebih 2,336 kes Covid-19 telah dilaporkan dan angka kematian melibatkan warga Iran setakat ini adalah seramai 77 individu. Kementerian Kesihatan Iran turut mengeluarkan kenyataan bahawa dalam tempoh dua hari, angka kes positif Covid-19 meningkat sebanyak 50%. Antara individu yang dijangkiti adalah:

  • Ketua perkhidmatan perubatan kecemasan, Pirhossein Kolivand
  • 23 daripada 290 ahli Parlimen Iran
  • Ahli Majlis Kewarganegaraan, Ayatollah Ali Khamenei (meninggal dunia di Tehran)

Sehingga kini, terdapat lebih 90,000 kes berkaitan virus Covid-19 telah dilaporkan di seluruh dunia dan jumlah kematian pula kini meningkat kepada 3,110 individu yang majoritinya merupakan rakyat China. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular