Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah suatu kerjaya yang mudah dan boleh dipandang remeh. Jasa mereka yang sanggup menabur bakti untuk kesejahteraan anak murid yang bakal membesar menjadi insan yang berguna adalah sangat murni, tambahan pula jika seseorang guru itu ditempatkan di kawasan pedalaman.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman seorang guru lelaki yang ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman yang terletak di Sabah kelihatan memikul sendiri peti ais sambil meredah hutan demi anak-anak didiknya.

Guru berkenaan, Harry Yanto Bikal, 39, atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Harry, sanggup berkorban sebegitu atas rasa tanggungjawab sebagai seorang guru kepada anak-anak muridnya yang tinggal di asrama dan memerlukan makanan seperti bahan mentah yang cenderung bertahan lama di dalam peti ais.

Hajah Maznah Abd Ghani/Facebook

Dengan pikulan peti ais seberat hampir 40 kilogram dan meredah laluan hutan sejauh hampir 10 kilometer untuk tiba ke sekolah, Harry melakukannya dengan penuh semangat dan rasa kasih kepada anak murid walaupun perjalanannya memakan masa selama 7 jam.

Menurut temubual bersama Harry, beliau mengesahkan bahawa video itu dirakam oleh rakan sekerjanya yang turut bersamanya membeli peti ais berkenaan di pekan Donggonggon dengan menggunakan wang sumbangan guru di sekolah tempatnya bekerja.

Hajah Maznah Abd Ghani/Facebook

“Usaha ini sudah lama dirancang kerana tidak mudah untuk mengangkat peti ais dengan keadaan jalan yang tidak boleh diakses (oleh) apa sahaja kenderaan.

“Ini kerana laluan untuk ke SK Longkungongon melalui hutan berbukit dan menyeberangi beberapa sungai menyebabkan tiada kenderaan boleh sampai ke situ.

Hajah Maznah Abd Ghani/Facebook

“Namun, keadaan itu tidak mematahkan semangat saya dan guru (untuk) menyediakan yang terbaik kepada murid,” ulas Harry disamping menerangkan bahawa jalan yang perlu dilalui turut melibatkan rintangan seperti sungai, jambatan kayu, titi gantung serta meredah hutan.

Hajah Maznah Abd Ghani/Facebook

Walaupun penat yang teramat kerana perlu memikul peti ais sambil meredah pelbagai rintangan, namun Harry tetap berasa puas dan seronok sebaik sahaja melihat wajah anak muridnya yang gembira dengan ‘hadiah’ itu. “…Semua penat itu hilang,” ujarnya.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun mendapat lebih dari 6,700 sukaan, lebih dari 4,800 perkongsian dan 944 komen dari warganet yang rata-ratanya memuji dan kagum dengan semangat kental yang dimiliki oleh guru ini.

Hajah Maznah Abd Ghani/Facebook

Terima kasih atas pengorbananmu, cikgu Harry!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular