Kita sering mendengar kisah kesetiaan seekor anjing kepada manusia selalunya tidak pernah berbelah bahagi serta tidak perlu diragui.  

Dalam satu posting di Facebook, seorang netizen Ake Srisuwan dari Thailand telah memuat naik gambar menyentuh hati memperlihatkan dua ekor anjing jalanan menunggu dengan sabar ke atas satu kelibat di tebing sungai yang belum dapat dipastikan apabila dilihat dari jauh.

Dua ekor anjing jalanan itu dilihat duduk kebimbangan memerhatikan kelibat yang dirasakan seperti seorang manusia sedang terbaring di tebing sungai.

Ake Srisuwan/Facebook

Netizen ini kemudian telah turun menghampiri kedua anjing berkenaan untuk melakukan pemeriksaan apabila beliau terkejut melihat seorang nenek sedang tidur dengan nyenyak di tebing sungai itu.

Selepas bertanyakan beberapa orang di kawasan berkenaan, nenek ini sebenarnya adalah seorang gelandangan yang buta tetapi dia telah dijaga oleh dua ekor anjing liar yang akan mengikuti ke mana sahaja dia pergi dengan arah tujuannya.

Malah ketika gambar ini diambil, dua ekor anjing jalanan itu sebenarnya sedang menjaga dan melindungi nenek ini yang agak kepenatan lalu terus tertidur di tebing sungai yang lokasinya agak membahayakan.

Ake Srisuwan/Facebook

Bukti kesetiaan seekor anjing tiada batasannya walaupun dia hanya digelar anjing liar atau anjing jalanan yang tidak dimiliki oleh sesiapa.

Perasaan simpati dan sikap melindungi yang ditunjukkan oleh kedua anjing jalanan ini mungkin akan membuat hati kita berasa tersentuh dan insaf, kerana kalangan manusia sendiri cuai menunjukkan perasaan belas kasihan dan kasih sayang sesama manusia.

Semoga nenek ini bersama dua anjing jalanan yang menyayanginya akan diselamatkan dan mendapat perlindungan yang sewajarnya daripada pihak prihatin bersimpati.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular