Menggunakan dapur gas kaca memang mudah dan kelihatan lebih elegan. Ianya juga sangat mudah dibersihkan selepas digunakan dan apa yang paling penting ianya selamat digunakan. Namun, tidak ramai antara kita yang sedar bahawa dapur gas kaca adakalanya lebih sensitif dan kita perlu lebih berhati-hati sama ada semasa menggunakan atau ketika selesai memasak.

Sebuah kejadian yang tidak diingini telah berlaku pada sebuah keluarga di Sengkang, Singapura apabila dapur kaca mereka pecah secara tiba-tiba. Ketika kejadian berlaku dapur tersebut tidak digunakan sepanjang hari dan ianya tidak panas sehingga boleh pecah.

Pixabay

Menurut pemilik rumah tersebut, Chen, semasa dapurnya pecah pembantu rumah sedang membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Apa yang lebih mendebarkan serpihan kaca tersebut telah ‘melayang’ sehingga ke ruang tamu sejauh kira-kira lima meter. Mujur ketika kejadian berlaku anak-anaknya tiada di dalam dapur.

“Biasanya, anak saya yang berusia 12 tahun akan membantu memasak dan anak kecil saya akan keluar masuk dapur. Nasib baik mereka tidak berada di dapur ketika itu,” kata Chen. Dia sendiri hairan bagaimana dapur kaca tersebut boleh pecah kerana dapur itu sepatutnya boleh tahan selama 10 tahun.

Gambar Hiasan | Facebook – Billy Mike Parks

Mereka membeli dapur kaca tersebut pada Februari 2017 dan hanya mula menggunakannya pada bulan April. Ini bermakna mereka hanya menggunakannya hanya kira-kira selama tiga tahun jadi kejadian ini tidak sepatutnya berlaku.

Chen kemudian menghubungi penjual dapur tersebut pada hari yang sama untuk membuat aduan. Walau bagaimanapun, pengeluar dapur itu mengatakan bahawa kemalangan itu bukan kerana kelemahan produk itu tetapi kerana bahagian atas dapur kaca yang telah retak berpunca daripada masalah penggunaan dan penyelenggaraan. Dapur kaca itu retak kerana penunu (burner) telah berkarat dan tidak dibersihkan dengan betul.

Chen kini bimbang orang lain akan mengalami kejadian yang dialaminya kerana dia telah memperkenalkan dapur tersebut kepada beberapa orang kawan dan keluarganya.

Kejadian ini tidak membuktikan bahawa dapur kaca adalah tidak selamat namun sebagai pengguna kita perlu lebih berhati-hati bukan hanya ketika menggunakan dapur kaca sahaja malah ketika menggunakan apa juga pekakas di rumah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular