Berpegang kepada kata-kata “hanya pelajaran yang boleh mengubah nasib keluarga” telah membuatkan pelajar ini terus berusaha gigih untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

Nurul Syuhada Rohaizad, 18, telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan memperolehi 7A dengan berkata bahawa kejayannya itu adalah hadiah terbaik untuk ibu bapanya. Syuhada yang merupakan anak penjual ikan memberitahu bahawa kedua-dua orang tuanya telah banyak berkorban untuknya dan adik- beradiknya. Menurutnya lagi, bapanya, Rohaizad Othman, 43, bekerja keras untuk menyediakan keperluan keluarga manakala ibunya, Norliza Ali, 44, pula ialah seorang suri rumah.

“Saya selalu memberitahu diri saya bahawa hanya pelajaran yang boleh mengubah nasib keluarga saya.”

“7A ini adalah hadiah terbaik buat kedua ibu bapa saya serta guru-guru yang banyak membantu.”

Selain itu, Syuhada juga berharap agar kejayaannya akan menjadi inspirasi buat adik-adiknya yang berusia 13 dan 14 tahun supaya mereka juga cemerlang dalam pelajaran mereka. Syuhada yang juga merupakan pelajar di SM Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin turut menasihati mereka yang kurang cemerlang supaya tidak berputus asa.

Menurut Syuhada lagi, tinggal di asrama telah memberi kelebihan buatnya dan rakan-rakan kerana mereka bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk belajar. Pelajar cemerlang ini juga berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi memenuhi impiannya untuk menjadi seorang arkitek kelak.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular