KUALA LUMPUR – Terdapat 28 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan sehingga 6 Mac 2020 jam 12 tengahari, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 83 kes.

Berdasar jumlah kumulatif itu, pesakit yang dijangkiti terdiri daripada 65 orang tempatan, 15 orang warga China, dan 1 warga Amerika Syarikat, Jepun, dan Itali.

“Sehingga kini, sebanyak 956 kontak rapat dikenal pasti,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Menurut kenyataan tersebut, daripada jumlah itu, sebanyak 258 kontak rapat kepada kluster yang berkaitan dengan kes ke-26 dikesan dan diambil sampel.

“Daripada kluster ini, 18 orang disahkan positif COVID-19, 70 orang negatif namun begitu mereka diletakkan bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari,” katanya.

“Manakala seramai 170 orang lagi berjaya dikesan dan masih menunggu keputusan makmal. Mereka ini juga diletakkan bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah,” kata Datuk Dr Noor Hisham.

Kenyataan Akhbar KPK

Sehingga 6 Mac 2020, sebanyak 430 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular