Apabila sebut sahaja nama Dr Amalina, pasti ramai orang mengetahui sejarah kegemilangannya apabila beliau berjaya meraih keputusan cemerlang 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

dramalinabakri/Instagram

Kini, jika masih ada yang belum mengetahui, Dr Amalina telahpun berjaya melakar karier sebagai seorang pakar pelatih pembedahan di sebuah hospital di United Kingdom (UK).

Walaupun Dr Amalina sibuk dengan kerjayanya yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, Dr Amalina tetap juga dilihat aktif di media sosial dengan menjawab atau menerangkan tentang hal-hal perubatan dan kesihatan kepada pengguna media sosial terutamanya rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu, pada 2 Mac lalu, Dr Amalina dengan teruja memperkenalkan projek terbaharunya iaitu laman blog ‘Ask Dr Amalina‘ bagi merungkai hal-hal kesihatan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai.

Ask Dr Amalina

“Hai semua, saya baru sahaja melancarkan laman web yang bertajuk ‘Ask Dr Amalina’. Saya akan memuat naik informasi kesihatan umum dan menulis tentang isu kesihatan semasa. Saya telah berkongsi ilmu perubatan dan fakta berdasarkan kajian di media sosial untuk beberapa tahun dan saya fikir ini adalah masa yang sesuai untuk saya membawanya ke satu tahap yang seterusnya. Saya sangat teruja dengan projek baharu ini dan saya berharap agar anda akan belajar sesuatu yang baharu! Nikmatilah!” tulis Dr Amalina ketika memperkenalkan web terbaharunya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

dramalinabakri/Instagram

Disamping itu, Dr Amalina juga sempat memberi peringatan kepada orang ramai bahawa laman webnya ini bukanlah bertujuan untuk perundingan perubatan secara peribadi. Sebaliknya, laman ‘Ask Dr Amalina’ ini adalah untuk berkongsi maklumat kesihatan kepada orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

dramalinabakri/Instagram

“Sila ambil maklum bahawa laman web ini bukanlah bertujuan untuk perundingan perubatan peribadi untuk diri anda mahupun ahli keluarga anda. Laman ini hanyalah sumber untuk berkongsi isu kesihatan umum kepada masyarakat. Sila bertemu dengan doktor sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Terima kasih,” tegas Dr Amalina dalam kiriman yang sama.

Ternyata, projek terbaharu Dr Amalina ini bukan sahaja mampu memberi kepuasan kepada Dr Amalina sendiri, malahan memberi nilai tambah dalam pengetahuan orang ramai yang sangat memandang tinggi terhadap kemampuan beliau. Terima kasih Dr Amalina!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular