ROM – Kementerian Pertahanan Awam Itali mengesahkan setakat Khamis, 4 Mac, jumlah kematian akibat wabak koronavirus COVID-19 di negara itu telah meningkat mendadak dalam tempoh 24 jam dengan melaporkan 28 kes terbaru.

Sekaligus menjadikan jumlah kematian terkini telah mencecah 107 kes, menunjukkan tiada tanda-tanda bahawa wabak itu bertambah reda di Itali.

YouTube/Paparan Skrin

Itali menjadi negara penerima penularan epidemik COVID-19 paling teruk di Eropah dengan bilangan kumulatif kes jangkitan yang disahkan telah meningkat daripada 2,502 orang kepada hampir 3,090 orang.

Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali, Pesuruhjaya Angelo Borrelli berkata jumlah pesakit yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan sebelumnya telah meningkat daripada 160 orang kepada 276 orang.

YouTube/Paparan Skrin

Sementara itu, Menteri Pendidikan Itali, Lucia Azzolina telah mengumumkan pada hari yang sama bahawa semua sekolah dan universiti di semua peringkat akan ditutup bermula pada 5 Mac hingga 15 Mac.

Arahan penutupan sementara sekolah dan universiti bagi membendung penularan epidemik COVID-19 di negara yang kaya dengan lokasi bersejarah dan menjadi tempat tumpuan pelancong dari seluruh dunia itu.

YouTube/Paparan Skrin

Sebelum ini, kerajaan Itali telah menutup sekolah dan universiti di kawasan paling teruk terjejas di wilayah utara Lombardy dan menyekat kira-kira 12 bandar lain dengan mengambil langkah tindakan kuarantin di tengah penularan wabak tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular