Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda ingin menjemur pakaian yang telah dicuci dan melihat kesan tisu yang telah hancur melekat pada semua pakaian anda.
Sesiapa yang pernah mengalami kejadian ini pasti faham betapa sukarnya untuk membersihkan pakaian anda daripada tisu-tisu itu.
Ada yang gigih membuang satu persatu cebisan tisu itu, menggunakan pita pelekat dan bermacam lagi tetapi sebenarnya, terdapat satu helah bijak dan juga efektif untuk menangani perkara ini sekiranya berlaku kepada anda di masa hadapan.
Helah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dari Jepun yang dikenali sebagai Yukino @54I23.
Menurut Yukino, satu tips penting untuk membersihkan pakaian daripada cebisan tisu ini adalah dengan menambah pelembut pakaian ke dalam mesin basuh.
Kemudian, cuci dan bilas pakaian anda sekali lagi. Dengan cara ini, segala tisu-tisu yang melekat pada pakaian anda pasti akan tertanggal.
Tapi, apakah agaknya yang menyebabkan pelembut pakaian boleh menanggalkan tisu ya?
Yukino menjelaskan bahawa tisu cenderung untuk melekat pada fabrik kerana tarikan caj elektrik. Justeru, dengan menggunakan pelembut pakaian, tarikan ini akan terhapus sekali gus mengakibatkan tisu ini ‘menggelungsur’ daripada pakaian ketika dicuci.
Perkongsian bernas dari Yukino ini menarik hampir 144,000 retweet dan lebih 543,000 tanda suka.
Maybe you're interested :
- Bukti-bukti kekejaman Parti Komunis China dan kaedah seksaan yang dilakukan ke atas tahanan
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan