Penyebaran wabak COVID-19 telah menimbulkan keresahan yang tidak berpenghujung kepada seluruh penduduk dunia, terutamanya di China.

Menurut laporan laman New Tang Dynasty Television, seorang wanita dari Bandar Jiangyin, Wuxi, Wilayah Jiangsu yang berasa sangat bimbang dengan penyebaran wabak itu telah mensteril sejumlah wang tunai miliknya dengan cara memanaskan wang tunai berkenaan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Bagaimanapun, malang buatnya apabila kesemua wang tunai berjumlah 3,000 yuan (RM 1,804.45) miliknya itu telah hangus kerana wanita itu menetapkan suhu yang paling tinggi, dengan niat untuk mensterilkan wang tunai berkenaan agar kesihatannya kekal terjamin.

Weibo

Berikutan kejadian yang berlaku itu, wanita berkenaan dengan segera pergi ke bank untuk mendapatkan wang tunai yang baharu sebelum berjaya mendapatkan ganti.

Tidak dapat dinafikan, penyebaran wabak COVID-19 yang sangat pantas dan meluas ini telah menimbulkan keresahan sehingga memberi kesan terhadap ekonomi negara, terutamanya di China.

Gambar hiasan/Pixabay

Laporan mengatakan bahawa Bank Negara China telah mengisytiharkan bahawa wang tunai yang telah lama dicetak cenderung untuk terdedah kepada COVID-19 dan berpotensi menjadi vektor virus berkenaan. Berikutan itu, hampir 600 bilion yuan (kira-kira RM361 billion) wang tunai baharu telah dicetak dengan tujuan untuk pencegahan wabak.

Walau bagaimanapun, percetakan wang tunai dengan jumlah yang begitu besar ini telah dipersoalkan untuk tujuan lain. Sesetengah penduduk China percaya bahawa sebilangan besar wang tunai ini dicetak untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa wang tunai ini dicetak untuk membayar gaji pihak berkuasa seperti anggota tentera dan polis yang bekerja lebih masa untuk memantau rakyat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular