Tumbuhan bukan sahaja mencantikkan ruang, bahkan ianya turut memberi manfaat kepada manusia. Menurut kajian, dengan hanya melihat pada tumbuhan sahaja, ia berupaya mengurangkan tahap kebimbangan.

Selain memberikan ketenangan buat manusia, ia juga berfungsi sebagai pembersih udara. Pendek kata, ia memang benar-benar memberi manfaat pada manusia. Tapi ia hanya terpakai untuk tumbuhan asli sahaja ya!

Caelie Wilkes/Facebook

Malang buat Caelie Wilkes dari Amerika Syarikat apabila dia menghabiskan masa selama dua tahun dengan menyiram tumbuhan kecil atau ‘succulent plant’ dan menjaga tumbuhan itu sebaik mungkin.

Sehinggalah Caelie akhirnya menyedari bahawa pokok itu sebenarnya adalah pokok tiruan yang diperbuat daripad plastik! Maknanya sebelum ini, kerajinannya menjaga dan menyiram pokok itu hanyalah satu perbuatan yang sia-sia.

Menurut Caelie, dia mula menyedari akan pokok itu apabila dia memutuskan untuk mengalihkan pokok itu ke pasu yang lain. Ketika dia berniat untuk menarik keluar pokok itu, dia mendapati tiada akar dan hanya ada polisterina!

Caelie Wilkes/Facebook

Rasa tertipu, Caelie kemudian berkongsi kisahnya itu di Facebook. “Saya sudah menjaga pokok kecil ini untuk dua tahun. Saya sangat bangga dengan pokok ini. Ia cantik dengan warna menarik. Ia pokok yang sempurna”, tulisnya.

“Saya juga tidak membenarkan orang lain untuk menyiram pokok ini kerana saya bersikap sangat melindungi. Saya mahu menjaganya sebaik mungkin kerana saya amat menyayanginya”, tambahnya lagi.

“Saya menemui sebuah pasu yang comel, sesuai ditanam dengan pokok itu. Jadi, saya bertindak mengeluarkan pokok itu daripada bekas plastik asalnya. Ketika itulah saya tahu ianya palsu. Saya curahkan sepenuh kasih sayang buatnya hingga turut membasuh daunnya”.

Caelie turut menambah bahawa dirinya telah cuba sebaik mungkin untuk mengekalkan rupa pokok itu agar kelihatan sihat namun ia hanyalah plastik. “Macam manalah saya tidak boleh perasan akannya? Saya rasa tempoh dua tahun ini sebagai satu penipuan”.

Namun kesedihan Caelie tidak kekal lama apabila pihak Home Depot akhirnya menghadiahkan pokok succulent sebenar dan beberapa pokok lain khas untuk wanita tersebut. Untung Caelie, bukan? 

Caelie Wilkes/Facebook

Caelie Wilkes/Facebook

Selepas ini bolehlah Caelie meneruskan aktivitinya menjaga pokok sama seperti yang dilakukannya sebelum ini. Cumanya pokok yang disiram dan dijaganya kali ini bukannya pokok tiruan, jangan risau kerana keasliannya sudah diperiksa oleh Caelie.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular