Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (4 Mac) mengesahkan kepada orang ramai tentang penambahan 14 kes terbaharu COVID-19 di Malaysia, petang tadi.

Dalam sidang media itu, pihak KKM memaklumkan bahawa sebahagian besar dari kes ini adalah kontak rapat dan berkait dengan satu kes kluster iaitu kes ke-26.

Penambahan bilangan kes positif COVID-19 ini seterusnya menjadikan kes dari kluster yang sama terkumpul sebanyak 21 kes termasuk 7 kes yang telah diumumkan semalam (3 Mac).

“Mengikut perkembangan terkini, pesakit ke-26 telah menghadiri beberapa majlis dan sebanyak 16 kes telah disahkan positif, salah seorangnya adalah pembantunya dan 15 orang lagi telah menghadiri majlis yang sama atau lebih dari 26 majlis,” memetik kata Pengarah Kesihatan dalam sidang media.

Sehingga entri ini dihasilkan, KKM memaklumkan kepada orang ramai bahawa sudah terdapat 50 kes di Malaysia dan bilangan ini adalah termasuk 22 kes yang telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menurut laporan Oriental Daily, daripada jumlah keseluruhan kontak rapat kes ke-26 iaitu sebanyak 215 orang, pihak KKM telah mengesahkan bahawa sebanyak 16 orang telah disahkan positif COVID-19, 19 orang disahkan negatif, manakala sejumlah 180 orang masih menunggu keputusan ujian.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular