Bayangkan diri anda menyambut hari lahir sendirian tanpa ahli keluarga. Ia mungkin perkara biasa buat segelintir individu namun buat majoriti daripada kita, pasti ia merupakan satu keadaan yang agak menyedihkan.

Kini sambutan hari lahir bukan sahaja disambut untuk manusia, bahkan ia turut disambut bagi meraikan kehadiran haiwan peliharaan dalam hidup manusia. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu penghargaan buat haiwan yang menyinari hidup kita.

Itulah yang dilakukan oleh kakitangan di sebuah pusat, Battersea Dogs & Cats Home, terhadap seekor kucing betina, Monique yang bertujuan untuk memberi keseronokan selain mahu mencari keluarga yang selayaknya buat kucing berusia dua tahun tersebut.

@Battersea_PA/Twitter

Sambutan itu turut dimeriahkan dengan dekorasi dan hadiah khas buat Monique. Pada masa yang sama, sambutan itu turut diuar-uarkan menerusi laman sosial dengan harapan ia mampu menarik minat sesiapa yang mahu membelanya.

@Battersea_PA/Twitter

Namun tiada seorang pun individu yang berminat untuk memohon dan mengambilnya untuk dibela. Kucing comel tersebut hanya mampu menunggu di pusat berkenaan dan berharap agar muncul seseorang yang mahu membawanya pulang.

Difahamkan bahawa antara puncanya adalah Monique positif dengan ‘Feline Immunodeficiency Virus’ (FIV+) namun ianya tidak mempunyai kesan terhadap manusia. Ini bermakna Monique hanya boleh dibela di dalam rumah sahaja.

@Battersea_PA/Twitter

Ataupun pemiliknya harus menyediakan halaman luar rumah yang sesuai untuknya menghidup udara segar tanpa kehadiran kucing-kucing lain memandangkan virusnya itu boleh menjangkiti kucing yang lain.

“Monique merupakan kucing yang manja selain suka ditemani oleh manusia, sama ada bermain mainan bersama ataupun duduk bersama-sama di atas sofa. Monique juga tidak pernah menolak diusap pada lehernya”, jelas ketua pasukan Battersea Cattery, Chrissie Grindrod.

@Battersea_PA/Twitter

“Hari lahir Monique mungkin sudah berlalu namun masih belum terlewat lagi untuk individu di luar sana memberikannya hadiah istimewa – dengan membawanya pulang dan membelanya. Kami mengalukan mana-mana individu yang berminat”, tambah Chrissie.

Kucing secomel Monique sudah pasti merupakan peneman terbaik buat manusia memandangkan kucing itu sukakan belaian dan manja. “Monique adalah kucing yang baik dan layak dimiliki oleh individu yang sanggup berkorban untuknya. Kami jamin ianya berbaloi”.

@Battersea_PA/Twitter

Monique difahamkan telah berada di pusat tersebut selama 115 hari. Semoga ada insan penyayang yang berminat untuk membelanya secepat mungkin. Sama-sama kita doakan…

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular