Pada hari itu, Cupid memerhatikan pemilik bersama keluarganya mengemas serta memasukkan kesemua barangan keperluan ke dalam beberapa kotak lalu ia dimuatkan ke dalam kereta dan mereka semua berlalu pergi.

Cupid tidak pasti apa yang sedang berlaku atau mengapa dia tidak dijemput untuk menyertai mereka.

Apa yang Cupid tahu tempat dia memerhatikan tuannya bergegas keluar secara tergesa-gesa itu adalah rumahnya. Harapan anjing peliharaan ini, jika dia terus menunggu cukup lama, tuan dan ahli keluarganya akan kembali.

Speranza Animal Rescue/Facebook

Jiran-jiran bersebelahan rumah itu menyedari keluarga Cupid telah berpindah lalu mereka memanggil Janine Guido, pengasas Speranza Animal Rescue yang menyediakan rumah perlindungan haiwan terbiar dan ditinggalkan untuk memeriksa.

Beberapa jiran prihatin dan bimbang di Harrisburg, Pennsylvania itu melaporkan seekor anjing dilihat tidur di atas serambi rumah jiran mereka yang sudah berpindah selama beberapa minggu.

Janine berkata “Saya dimaklumkan pemilik anjing ini telah berpindah dan meninggalkannya. Saya bertanya kepada jiran-jiran bersebelahan jika mereka tahu apa-apa tentang anjing itu dan mereka hanya berkata tuannya sudah berpindah.”

Janine melihat Cupid bertahan dengan mencari makanan dari tempat pembuangan sampah, tetapi apabila dia cuba mendekatinya, Cupid berlari mencari tempat yang selamat.  

Diperhatikan, Cupid melompat naik ke rumah itu dan mencakar-cakar pintunya seolah-olah memohon supaya ia dapat dibuka dan tuannya membenarkan dia masuk ke dalam.

Tindakan Cupid yang keliru benar-benar menghibakan hati Janine Guido yang melihat.

Speranza Animal Rescue/Facebook

Janine cuba meyakinkan Cupid untuk mengambil makanan yang diberinya, tetapi anjing itu jadi takut dan gementar lalu melarikan diri.

Selepas 30 minit mengejar anjing itu melalui lorong-lorong, Janine akhirnya mendapat idea dan cara untuk meraih kepercayaannya. 

Apa yang dia perlu lakukan ialah memujuk dengan lembut sambil memberitahu Cupid yang semuanya akan menjadi baik-baik belaka.

“Kedengaran seperti sesuatu yang dungu tetapi saya bersumpah anjing ini bijak dan tahu apa yang saya katakan kepadanya,” kata Janine.

Cupid benar-benar telah datang dan duduk di sebelah Janine dan wanita ini telah berjaya memasang tali di lehernya.

Speranza Animal Rescue/Facebook

Janine kemudian terus menerangkan apa yang telah berlaku kepada Cupid di sepanjang perjalanan menuju ke rumah perlindungan haiwan Speranza.

Setiba di rumah perlindungan, Cupid pada mulanya keliru tetapi kini dia perlahan-lahan membiasakan diri dengan persekitaran barunya. 

Speranza Animal Rescue/Facebook

“Cupid anjing yang comel serta berkelakuan baik sejak kami menyelamatkannya dan menempatkan dia di sini. Walaupun masih keliru, tetapi dia kelihatan gembira dapat bertemu dengan semua orang apabila anda melihat gerakan ekornya.”

Selepas Cupid selesai menjalani pemeriksaan doktor haiwan, dia akan disenaraikan dalam pencarian keluarga dan rumah baru tidak lama lagi. 

Speranza Animal Rescue/Facebook

Janine Guido begitu optimis bahawa nasib Cupid akan berubah kerana tahu oleh kerana dia anjing yang bijak dan berkelakuan baik, maka mungkin akan ada tuan baru yang tertarik hati.

Seperti yang pernah ditunjukkannya, Cupid anjing setia yang sanggup menunggu selagi khidmatnya diperlukan untuk menemani keluarga sempurna dan baik hati yang akan muncul.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular