KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) disahkan positif dengan wabak COVID-19 dan menurut kenyataan syarikat itu, pekerja tersebut kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Pekerja terbabit itu merupakan kes ke-26 yang dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada sekitar pertengahan bulan Januari yang lalu.

Oleh yang demikian, Khazanah buat masa ini sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabat bagi mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin kesihatan dan keselamatan kakitangan.

Khazanah Nasional

Ini termasuklah dengan membantu pihak berkuasa kesihatan dalam mengenalpasti individu yang telah berhubung dengan kakitangan berkenaan.

Sungguhpun begitu, Khazanah difahamkan akan terus beroperasi dengan gangguan minimum. Pihak Khazanah juga turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terjadi ketika langkah-langkah pencegahan dijalankan.

Kes positif COVID-19 melibatkan kakitangan Khazanah tersebut adalah merupakan antara empat kes baru yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2 Mac, menjadikan jumlah 29 kes di Malaysia setakat ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular