“Sedap sehingga menjilat jari!”
Siapa sahaja yang tidak tahu apabila mendengar atau melihat slogan ini. Ya, semua orang tidak kira di mana sahaja pasti akan memikirkan tentang satu makanan yang sama, iaitu ayam goreng KFC!
Gambar hiasan/Unsplash
Ternyata, slogan ini rupa-rupanya dicipta bukan sahaja hanya untuk menarik perhatian pelanggan, tetapi, mereka turut menggunakannya ‘secara literal’ untuk mencari tukang rasa produk KFC mereka!
Seperti yang dipaparkan oleh KFC United Kingdom, mereka kini “sedang memburu penjilat jari yang profesional…”
Caranya sangat mudah, apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menerangkan kepada akaun Twitter KFC (@KFC_UKI) tentang sebab anda paling layak untuk menjadi tukang rasa bagi produk KFC disamping menggunakan tanda pagar #KFCFRYERME.
Dengan hanya sebanyak 280 huruf, anda perlu menjadi kreatif dan memastikan agar pihak KFC benar-benar tertarik!
Tidak mudah dan tidak terlalu sukar nampaknya!
Gambar hiasan/Unsplash
Berdasarkan iklan yang dimuat naik, pihak KFC menjanjikan anda dengan beberapa tawaran yang menarik sebagai ganjaran pertandingan ini. Antaranya adalah dengan memaparkan wajah anda dalam iklan KFC di restoran mereka, dan juga papan iklan billboard mereka!
Bukan itu sahaja, KFC juga akan memberikan bekalan ayam goreng percuma untuk seumur hidup bagi seorang pemenang bertuah! Wah, seronoknya!
Kami pasti, pemenang bertuah yang berjaya mencuri hati pihak penganjur pertandingan pastinya seseorang yang sangat beruntung dan semua orang akan mencemburuinya!
Maybe you're interested :
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- Ketua Pegawai Eksekutif Parler John Matze dan Keluarga terpaksa bersembunyi setelah menerima ancaman maut dan pencerobohan keselamatan
- CEO Goya : “Mereka mahu musnahkan budaya, sejarah dan kebebasan kita”