Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita seharusnya berlaku adil terhadap semua makhluk ciptaan Tuhan, lebih-lebih lagi terhadap haiwan peliharaan.

Ini kerana haiwan peliharaan yang dibela bergantung hidup mereka atas kasih sayang dan perlindungan daripada manusia.

Bayangkan mereka diabaikan dan dibuang begitu sahaja dan bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan tanpa ‘keluarga’ yang mereka sudah kenal, rumah yang mereka diami sebelumnya?

Di Amerika Syarikat, itulah yang berlaku kepada 6.5 juta haiwan peliharaan pada setiap tahun menurut laporan daripada American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA), di mana separuh daripada jumlah itu merupakan anjing.

Gambar hiasan/Pixabay

Namun difahamkan bahawa 50% daripada anjing tersebut telah diambil untuk dibela oleh individu lain yang memberikan mereka kehidupan baharu. Berita buruknya, separuh daripadanya pula akan ditamatkan riwayat pada setiap tahun.

Ini menandakan bahawa pengabaian yang dialami itu membawa maksud pengakhiran terhadap kehidupan mereka. Kasihannya! Beberapa tahun lalu, di Portales, New Mexico, pihak High Plains Humane Society (HPHS) ada berkongsi satu foto yang agak menyedihkan.

Foto itu menunjukkan seekor anak anjing yang telah dibuang oleh keluarganya dan hanya bergantung hidup sepenuhnya terhadap belas ihsan daripada para sukarelawan pusat tersebut.

High Plains Humane Society/Facebook

Ini merupakan realiti yang menyedihkan memandangkan anak anjing yang masih membesar memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang dan ia ternyata melebihi apa yang mampu diberikan oleh kakitangan di sana.

Hakikatnya, kita hanya dapat melihat kesedihan yang dizahirkannya secara fizikal namun kita sendiri tidak dapat memahami kepiluan yang dialaminya daripada segi emosi. Bukan rasa sedih sahaja, anak anjing itu mungkin mengalami tekanan.

Foto itu jelas menunjukkan bahawa anak anjing betina berkenaan berdiri di dalam sangkarnya sambil tapak tangannya memegang besi sangkar. Amat memilukan apabila melihat anak matanya yang jelas menggambarkan kesedihan dengan genangan air mata sambil memandang tepat ke arah kamera.

Sebenarnya, anjing tidak mempunyai cecair yang keluar daripada mata seperti mata manusia yang menangis di kala sedih. Mereka sebaliknya hanya mampu menghasilkan bunyi seakan bunyi tangisan sahaja ketika dilanda rasa sedih.

Jadi, cecair seakan tangisan pada foto anjing itu mungkin merupakan antara simptom terhadap masalah kesihatan yang dialaminya ekoran pengabaian yang berlaku ke atas dirinya.

Nasibnya cerah apabila fotonya itu mendapat perhatian oleh para pencinta haiwan di internet. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, banyak panggilan masuk yang bertanyakan tentang anak anjing tersebut. Banyak juga individu yang mahu mengambil dan membelanya.

High Plains Humane Society/Facebook

Kini anjing comel tersebut telah diambil dan dibela oleh seorang wanita yang juga ‘ibu’ baharunya. Menerusi foto terbaharu, anjing tersebut kelihatan gembira berdiri dan seakan memeluk ibunya itu. Semoga kehidupannya selepas ini baik-baik sahaja bersama dengan keluarga tersayang.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular