Kehadiran cahaya mata dalam keluarga sudah pasti menceriakan suasana dan tidak terkecuali anak-anak juga mampu mengecewakan ibu bapa dengan kerenah mereka.

Dalam proses didikan dan asuhan, ibu bapa tidak dapat mengelak daripada melayan kerenah anak yang nakal dan tidak mendengar kata. 

Pexels/Gambar Hiasan

Di bawah adalah 16 panduan kemahiran keibubapaan berguna yang dikongsi netizen dalam melatih anak-anak membentuk peribadi menarik dan mendengar kata serta menjadikan ibu bapa lebih bijaksana.

1.“Ibu saya meletakkan sayur-sayuran di atas pinggannya setiap kali dia makan bersama kami. Apabila anak-anak bertanya, ibu saya akan berkata, ‘Ini adalah sayur-sayuran orang dewasa suka tetapi hanya kanak-kanak sahaja boleh memakannya.’ Semua kanak-kanak dalam keluarganya suka memakan sayur.”

2.“Teman wanita saya menceritakan bagaimana ibunya akan menghukumnya jika dia enggan makan salad, manakala saya sendiri akan dihukum jika tidak membaca buku yang diberi ibu bapa. Kini setelah dewasa, kami jadi pasangan yang gemar makan salad dan suka membaca.”

Pixabay/Gambar Hiasan

3.“Semasa kecil, ibu hanya akan membenarkan saya minum sup selepas menghabiskan gula-gula yang dibelinya dan gula-gula itu selalunya jenis yang saya tidak suka. Lama-kelamaan, saya dengan sendiri berhenti makan gula-gula dan meminta ibu membenarkan saya minum sup dahulu.”

4.“Saya biarkan anak-anak memilih makanan dan minuman sendiri sebanyak 2 kali setahun. Mula-mula mereka memilih makanan ringan sebanyak mana yang mereka suka dan mereka perlu habiskan. Makan terlalu banyak makanan ringan sudah pasti akan membuat perut berasa tidak selesa. Lama-kelamaan, mereka berhenti memilih makanan ringan dan lebih suka makan hidangan ringan berkhasiat.”

Pexels/Gambar Hiasan

5.“Saya suka bermain di atas katil semasa kecil dan ibu melayan saya dengan menyuruh saya berpakaian cantik dan bersembunyi di dalam selimut. Bapa saya akan datang menjenguk dan saya menyergahnya lalu dia buat-buat terkejut. Kami bermain permainan ini selama bertahun-tahun dan saya berasa sangat gembira dengan memori itu.”

6.“Bapa suka bermain melipat kain bersama saya. Kami akan berlumba siapa yang paling pantas melipat kain dengan baik dan dia tidak pernah menang.”

7.“Saya membawa anak kecil yang baru berusia 3 tahun pergi membeli-belah, apabila pada hari itu ketika sedang beratur untuk membayar, dia menjadi kurang sabar dan mula mengamuk. Kemudian saya berteriak dengan kuat, ‘Mana ibu kamu?!! Mana ibu kamu?!! Kita kena cari ibu kamu!’ Kemudian saya terlupa untuk marah dengan kerenahnya dan dia sendiri menjadi terdiam.”

Pexels/Gambar Hiasan

8.“Anak saya tidak suka mengemas permainan, tetapi gemar bersaing ketika bermain apa sahaja jenis permainan. Jadi, saya biarkan dia bermain mengemas dan mengasing mainan berwarna merah dalam masa terpantas, selepas itu memilih mainan warna lain pula. Akhirnya dia amat seronok mengemas permainannya dalam masa terpantas.”

9.“Ibu berkata abang saya lebih berbakat dalam Bahasa Sepanyol daripada saya, dan ia telah memberi saya inspirasi untuk belajar dan menjadi mahir dalam bahasa itu.”

Pexels/Gambar Hiasan

10.“Dua orang anak saya berumur 7 dan 4 tahun tidak suka apabila saya mengarah mereka untuk mengemas permainan dan memasukkan kesemuanya ke dalam kotak. Jadi saya akan berkata kepada mereka, ‘Ibu rasa kamu tidak perlulah letak balik permainan itu dalam kotak…’ dan mereka akan lakukannya tanpa saya perlu meninggikan suara. Kebanyakan masa, cara itu tidak berkesan, tetapi kini mereka sudah memahaminya.”

11.“Ibu bapa saya membuat peraturan bahawa saya dilarang membaca buku tertentu, dan saya hanya boleh membacanya apabila pencapaian di sekolah cemerlang. Pada satu hari di musim panas ketika mereka tiada di rumah, saya telah membaca buku larangan itu dan ia adalah buku sejarah.”

Pixabay/Gambar Hiasan

12.“Anak lelaki saya suka berlari ke seberang jalan dan dia akan melepaskan tangan saya. Saya memberitahunya yang dia mesti memegang tangan saya, atau seseorang akan terus hilang daripada pandangan saya. Cara ini benar-benar efektif.”

13.“Jangan tanya anak-anak sama ada mereka mahu melakukan satu perkara, sebaliknya tanya dengan memberi dua pilihan seperti, ‘Kamu mahu mengemas permainan atau masuk tidur sekarang?’ Mereka akan memilih yang terkemudian. Helah soalan ini selalu berkesan.”

Pexels/Gambar Hiasan

14.“Semasa zaman kanak-kanak, setiap kali ketika saya mahu memesin rumput, ayah akan bertanya sama saya mahu merapi rumput atau mengelap tingkap, dan saya dengan patuh akan berkata mahu merapi rumput. Kemudian, ayah memberitahu sebabnya dan saya tahu dia mahu berhati-hati untuk saya.”

15.“Anak saya yang berusia 4 tahun akan naik ke atas katil setiap pagi dan mengganggu tidur saya. Jadi, setiap pagi saya memberinya tugasan, untuk mencari yang mana satu antara dua kakinya lebih pantas. Sambil berlari-lari di luar bilik tidur kami, dia mengambil masa yang lama untuk membuat kesimpulan bahawa kedua-dua kakinya adalah pantas.”

Pixabay/Gambar Hiasan

16.“Saya melatih anak saya yang berusia 3 tahun untuk menggunakan tandas. Saya memberitahunya, ‘Lampin itu untuk bayi, mari sini ibu pakaikan kamu lampin bayi!’ Dan dia enggan mengaku yang dia seorang bayi dan mahu pergi ke tandas apabila mahu membuang air. Hari ini adalah hari kelima dia tidak memakai lampin.”

Semoga menjadi panduan mengasah kemahiran keibubapaan yang bermanfaat buat anda.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular