Kita semua tahu bahawa 71% daripada permukaan bumi terdiri daripada air dan selebihnya adalah daratan. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya fungsi air kepada kehidupan di dunia ini tidak kira kepada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan.

Namun begitu, walaupun bumi mengandungi lebih banyak air masih berlaku krisis air di mana-mana. Berbilion orang sebenarnya masih tidak mendapat bekalan air bersih secukupnya. Oleh kerana itulah sebuah NGO, GivePower telah memulakan sebuah projek untuk menyediakan bekalan air bersih. Apa yang dilakukan ialah menukar air laut menjadi air bersih yang boleh diminum dengan menggunakan panel solar.

Facebook

Menurut statistik UNICEF dan WHO, satu dari setiap tiga orang di planet ini tidak dapat mendapatkan air minuman yang mencukupi. Keadaan ini paling teruk berlaku di padang pasir sub-Sahara, jadi mereka memilih Kiunga, sebuah bandar kecil di Kenya untuk menggunakan tenaga suria bagi menyelesaikan masalah kekurangan air.

Facebook

Sejak tahun 2018 lagi, NGO itu telah mula menjalankan kerja-kerja membina sistem solar yang boleh menukarkan air laut yang masin kepada air yang boleh diminum. Panel solar tersebut dikatakan boleh menghasilkan 50 kilowatt tenaga serta boleh menghasilkan air bersih setiap hari untuk dibekalkan kepada 35,000 orang penduduk.

 

在 Instagram 查看這則貼文

 

GivePower(@givepowerfoundation)分享的貼文 張貼

Tambahan pula, menurut GivePower, kualiti air yang dihasilkan panel solar ini adalah lebih baik daripada air daripada loji penyahgaraman biasa. Ia juga tidak mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar yang biasanya menyebabkan proses pengekstrakan garam sehingga boleh menghasilkan residu dan pencemar salin yang berbahaya kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Jika dahulu seramai 3500 penduduk tempatan dikatakan memerlukan sekurang-kurangnya sejam untuk sampai ke kawasan sumber air. Hal itu kerana satu-satunya sumber bekalan air hanya berpunca daripada sebuah telaga yang juga sumber yang sama digunakan oleh haiwan. Keadaan tersebut menjadikan sumber bekalan air di situ kotor dan tercemar sehingga boleh menyebabkan merebaknya wabak E.coli yang akhirnya boleh membunuh.

Facebook

Menjelang 2025, dianggarkan separuh daripada populasi planet akan hidup di kawasan yang menghadapi masalah kekurangan air. Penggunaan semula air sisa untuk memulihkan nutrien atau tenaga akan menjadi strategi utama. Selain itu, hanya 2.5 peratus daripada air planet ini terdiri daripada air tawar dan jumlah ini telah berkurang akibat  kesan pemanasan global ke atas glasier dan bongkah ais.

Facebook

Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut NGO itu telah mula memasang panel solar di lebih daripada 2,500 buah sekolah, syarikat dan perkhidmatan kecemasan di 17 buah negara di samping meningkatkan sumber dana bagi membiayai pembinaan solar water farms.

Pemasangan sistem ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk serta untuk mengaktifkan semula ekonomi di kawasan yang telah terjejas akibat kemarau.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular