Tidak semua orang bertuah apabila mampu untuk menikmati makanan yang sedap dan menyelerakan.

Ada ramai antara kita yang hakikatnya terpaksa mengikat perut hanya untuk meneruskan hidup. Ada juga yang makan hanya kerana sebuah keperluan bukan kerana untuk menikmati.

Itulah yang dialami oleh seorang pengawal keselamatan dari Cotabato, Filipina apabila dia dilihat makan nasi putih yang hanya dicampur dengan makanan ringan. Seorang pengguna Facebook, Ralph Reymond Hermano Getanes telah memuat naik gambar tersebut di Facebook dan berkongsi perbualannya dengan lelaki tersebut.

Kisah tersebut kemudian menjadi tular dan sehingga menarik perhatian netizen. Ramai yang memujinya kerana sanggup mengetepikan soal kesihatan semata-mata untuk berjimat cermat bagi menyara keluarganya.

Facebook

Pengawal keselamatan tersebut dikatakan bekerja di bawah jadual kerja yang ketat di sebuah syarikat di Mindanao. Ketika itulah Getanes melihatnya sedang menikmati makan malam di dalam sebuah beg plastik yang hanya ada nasi dan makanan ringan- campuran kacang Ding Dong yang merupakan makanan ringan popular di Filipina yang mengandungi kacang tanah masin, jagung, kacang hijau dan kerepek jagung .

Facebook

Tidak lama selepas itu ada seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bahawa lelaki tersebut bernama Aries Abas.

Facebook

Getanes menghampiri pegawai keselamatan itu dan bertanya kepadanya mengapa dia hanya makan nasi dengan makan makanan ringan dan dia mengatakan bahawa dia perlu menyara keluarganya di Cotabato.

Kata Getanes lagi lelaki ini boleh jatuh sakit dengan makan makanan seperti itu ditambah lagi dengan jadual kerjanya yang ketat yang memungkinkan dia bekerja selama 24 jam.

Namun, buat Abas dia sudah biasa makan nasi dengan makanan ringan. Dia hanya berharap agar suatu hari nanti dia tidak perlu makan makanan yang tidak sihat apabila anak-anaknya telah tamat pengajian di kolej.

Facebook

Berdasarkan laman web JobStreet, gaji pengawal keselamatan di Mindanao, Filipina adalah sekitar Php 11,219 (kira-kira RM 927.00) sebulan atau Php370 (kira-kira RM30) sehari.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular