Pixabay

Daun bawang boleh dijadikan antara bahan tambahan yang sememangnya enak digunakan dalam masakan. Ia bukan sahaja boleh menambah rasa malah boleh menaikkan bau masakan sekaligus dapat membangkitkan selera kita melihat juadah yang disediakan. Daun bawang mudah didapati di kedai mahupun di pasar-pasar dengan harga yang murah.

Namun, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri daun bawang di rumah dengan cara yang sangat mudah. Cara ini dilihat ringkas kerana tidak memerlukan pasu dan anda juga tidak perlu menggali tanah.

Berikut adalah tiga cara mudah untuk hasilkan sendiri daun bawang di rumah:

1. Gunakan karton telur kertas

 Pixabay

Cara-caranya:

  1. Alaskan karton telur dengan plastik dan semburkan air di dalamnya.
  2. Letakkan bawang di dalam karton dan letakkan lagi air.
  3. Selepas tiga hari anda sudah boleh melihat sendiri daun bawang mulai tumbuh.
  4. Selepas 11 hari pula daun bawang sudah mulai tumbuh tinggi dan anda sudah boleh memotong daun bawang tersebut.
  5. Potong daun bawang sekitar 2 cm daripada akarnya dan biarkan selebihnya di dalam karton supaya daun bawang seterusnya dapat membesar.
  6. Letakkan air dan biarkan selama beberapa hari.

2. Gunakan karton telur plastik

Pixabay

Cara-caranya:

  1. Lubangkan bahagian atas karton telur.
  2. Tuangkan air dan letakkan akar pokok daun bawang ke dalam karton.
  3. Pada hari keenam pucuk daun bawang sudah mulai tumbuh dan sudah boleh dipotong.
  4. Potong daun bawang sekitar 5 cm.

3. Gunakan botol plastik

Pixabay

Cara-caranya:

  1. Potong bahagian atas botol dan lebarkan sedikit permukaan botol dengan menggunakan seterika panas.
  2. Tuang air ke dalam botol sehingga penuh.
  3. Letakkan sebiji bawang di permukaan botol tersebut.
  4. Daun bawang sudah mulai tumbuh seawal hari keenam.
  5. Pada hari ke-11 daun bawang sudah mulai tumbuh tinggi dan sudah boleh dipotong.

Sumber: Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular