HONG KONG- Untuk pertama kalinya wabak Koronavirus dilaporkan berjangkit pada seekor haiwan. Kejadian itu melibatkan seekor anjing peliharaan seorang wanita berumur 60 tahun yang kemudiannya dikuarantin di sebuah pusat haiwan di bandar itu.

Gambar Hiasan | NOEL CELIS/AFP via Getty Images

Anjing tersebut diambil dari apartmen tuannya sebelum sampel haiwan itu diambil dan hasilnya menunjukkan ‘weak posotive’. Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemulihan (AFCD) kemudian menyatakan pihaknya akan menjalankan lebih banyak ujian untuk mengesahkan sama ada haiwan itu benar-benar dijangkiti dengan COVID-19 atau mungkin sampel yang diambil telah dicemari oleh alam sekitar. Anjing tersebut juga bahkan tidak memiliki gejala dijangkiti wabak Koronavirus.

Gambar Hiasan | JOHANNES EISELE/AFP via Getty Images

Anjing tersebut akan dikuarantin selama dua minggu sehinggalah ia memberikan keputusan negatif terhadap ujian yang dijalankan.

Sekiranya anjing ini benar-benar menghidap COVID-19, ia akan menjadi kes pertama yang melibatkan haiwan peliharaan.

Pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan untuk mengekalkan kebersihan yang baik dan mencuci tangan mereka dengan selepas menyentuh haiwan kesayangan mereka. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada kesihatan haiwan peliharaan, jumpalah doktor dengan secepat mungkin.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular