Masalah wabak Koronavirus semakin membimbangkan dunia. Sehingga hari ini angka kematian akibat epidemik tersebut hampir mencecah 3000 orang secara rasminya. Itu belum termasuk jumlah kes baru yang dilaporkan setiap hari yang semakin meningkat. Negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali mencatat angka tertinggi dalam kes baru selepas China sehingga Malaysia sendiri melakukan sekatakan sementara terhadap mereka yang menggunakan penerbangan dari Korea Selatan.

Bagi mengatasi isu ini, pakar perubatan seluruh dunia pastinya terus berusaha keras untuk mencari penawar bagi virus ini. Kos untuk menjalankan kajian dan eksperimen pula sudah tentunya sangat tinggi dan mahal. Oleh itu, pengasas Microsoft, Bill Gates tampil untuk membantu menyumbang dana bagi mengatasi masalah ini.

Sebelum ini Yayasan Bill dan Melina Gates dilaporkan akan membelanjakan sekitar 10 juta USD untuk tujuan tersebut namun angka tersebut meningkat baru-baru ini. Yayasan tersebut bahkan akan menyumbangkan sebanyak 100 juta USD bagi membiayai langkah-langkah pencegahan serta untuk rawatan pesakit yang menghidapi wabak tersebut.

Dana dari Yayasan Bill dan Melinda Gates dikatakan akan digunakan untuk melakukan penyelidikan dalam membantu pakar mencari vaksin untuk virus itu sekaligus bagi mengatasi penyebarannya dan meningkatkan pengesanan.

LUDOVIC MARIN/AFP via Getty Images

Menurut siaran akhbar yang dijalankan, yayasan itu mengatakan bahawa dana yang dihulurkan akan membantu memperkuat sistem pengesanan, isolasi dan sebagai rawatan bagi melindungi populasi yang berisiko. Dana tersebut juga akan digunakan untuk mencipta vaksin, kaedah rawatan dan diagnostik.

60 juta USD akan diedarkan kepada kumpulan awam dan swasta termasuk institusi kesihatan awam dan syarikat bioteknologi untuk membiayai diagnostik, kaedah rawatan, dan vaksin.

20 juta USD akan diberikan kepada responden yang menyediakan penjagaan kesihatan di kawasan yang terjejas dan dana tersebut akan dibahagikan melalui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa pihak berkuasa kesihatan awam di China, termasuk Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China.

Selain itu, 20 juta USD lagi akan digunakan untuk pembangunan sistem pencegahan di negara-negara yang mempunyai populasi berisiko khususnya di Sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan.

Kebanyakan wang itu akan diagihkan kepada organisasi yang sudah bekerja rapat dengan Yayasan Gates seperti WHO dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI) yang memberi tumpuan kepada pembangunan vaksin baru untuk mencegah dan membendung wabak penyakit.

Pixabay

Yayasan itu juga memberitahu bahawa dana tersebut akan diberikan kepada Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, khususnya bagi mendapatkan sokongan teknikal untuk melaksanakan pemeriksaan dan rawatan kes yang disyaki, pengesahan makmal diagnostik serta bagi tujuan pengasingan dan membantu dalam kes yang dikenal pasti.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular