Berkuatkuasa Jumaat selepas diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster COVID-19 pada 28 Februari lalu, semua pelawat dari Korea Selatan termasuk warganegara asing yang pernah berada di bandar Daegu dan daerah Cheongdo dalam tempoh 14 hari sebelum tiba di Malaysia adalah disekat sementara daripada memasuki negara ini.

Chung Sung-Jun/Getty Images

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekatan yang dikuatkuasakan itu turut melibatkan pelawat yang melakukan transit melalui Malaysia.

JUNG YEON-JE/AFP via Getty Images

“Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas (pas lawatan sosial jangka panjang dan pas pelajar) yang pernah berada di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan mereka di Malaysia mesti menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah.

JUNG YEON-JE/AFP via Getty Images

“Bagi meningkatkan kawalan di pintu masuk antarabangsa negara, Jabatan Imigresen akan turut menyediakan kaunter khas untuk pelawat dari Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran,” tambahnya lagi.

Sekatan ini adalah berikutan laporan peningkatan kes yang drastik dari Korea Selatan yang melaporkan peningkatan sebanyak lebih dari 500 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL NASIONAL

Video Popular