SINGAPURA – Seorang warga China yang positif COVID-19 dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana memberikan maklumat palsu mengenai keberadaannya di negara tersebut pada pihak berkuasa.

Negara terbabit telah mendapat pujian antarabangsa menerusi pendekatan mantap dalam menangani penularan virus itu, termasuklah penyiasatan oleh polis selain kamera keselamatan dipasang untuk mengesan suspek pembawa virus.

Setakat ini, Singapura telah mengesahkan sebanyak 91 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (KKS) minggu lalu menuduh seorang lelaki 38 tahun dari Wuhan dan isterinya yang tinggal di Singapura, memberikan maklumat palsu kepada pihak berkuasa tentang pergerakan mereka.

Lelaki terbabit disahkan telah dijangkiti dengan virus berkenaan pada penghujung Januari lalu dan kini telah pun pulih manakala isterinya telah dikuarantin ekoran menjadi kontak rapat kepada lelaki berkenaan.

Menurut KKS, siasatan terperinci telah mendedahkan pergerakan sebenar mereka dan mereka bakal didakwa memandangkan kesan yang serius terhadap maklumat palsu selain risiko terhadap kesihatan awam.

Hukuman di bawah Akta Penyakit Berjangkit jarang berlaku dan ini merupakan kes pertama wabak COVID-19 di Singapura. Pesalah pertama kali di bawah Akta ini boleh didenda sehingga $10,000 (RM30,202) atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Pada hari yang sama, seorang lelaki berusia 45 tahun kehilangan status kediamannya selepas gagal mematuhi perintah berkurung selama 14 hari selepas pulang dari China.

Negara yang terkenal dengan pelaksanaan undang-undang dengan tegas tersebut juga membatalkan pas kerja selain menafikan hak majikan yang menggajikan warga asing kerana melanggar langkah-langkah pencegahan virus yang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular