- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Terhutang budi, pemuda ini bina ‘mahligai’ buat ibu bapa angkatnya sebagai tanda terima kasih kerana telah membesarkannya

Faktor kemiskinan langsung tidak menghalang hasrat sepasang suami isteri dari Manila, Filipina untuk mengambil seorang bayi lelaki berusia 3 bulan. Mereka sebenarnya tidak sampai hati melihat bayi tersebut ditempatkan di rumah anak-anak yatim.

Namun setelah bertahun-tahun berlalu, bayi lelaki tersebut, Jayvee kini sudah pun dewasa dan  berumur 28 tahun. Dia kini mempunyai kerjaya yang stabil dan merupakan seorang individu yang berjaya.

Jika tidak, mana mungkin Jayvee mampu membelikan tanah dan juga membina ‘mahligai’ khas buat ibu bapa angkatnya yang banyak menabur jasa padanya sehingga dia merupakan seorang yang berjaya pada hari ini.

Jayvee Lazaro Badilee II [1]/Facebook

Tanpa belas ihsan dan kasih sayang daripada kedua orang tua angkatnya itu, Jayvee berkemungkinan besar akan menjalani kehidupan di pusat jagaan anak-anak yatim dan mungkin masa depannya tidak secerah ini.

Difahamkan ketika itu, bapa angkatnya, Tatay, hanya bekerja mengangkat bagasi dan barangan di sebuah hotel, manakala ibu angkatnya, Nanay hanya berniaga di jalanan.

Walaupun dengan pendapatan tidak seberapa, namun mereka cuba sebaik mungkin untuk menyedia dan memberikan Jayvee pendidikan yang sepatutnya.

“Hidup amat sukar ketika saya masih kecil. Pada suatu hari, ibu saya dapat menyediakan dua hidangan dan kami sangat gembira. Pada ketika itu, mereka sekeluarga tinggal di sebuah rumah usang berkeluasan 215 kaki persegi bersama dengan keluarga yang lain.

Jayvee Lazaro Badilee II [1]/Facebook

Keadaan rumah itu agak sempit. Tambahan pula bekalan punca kuasa kerap kali terputus selain serangan tikus kerap kali berlaku di sana. Rumah berkenaan didiami seramai 28 orang dengan hanya satu bilik air.

Bekalan air pula tiada, menyukarkan lagi mereka untuk menguruskan diri dan memasak sekaligus memudahkan penyakit gastroenteritis menular. Oleh itu, demi membalas jasa kedua orang tuanya, Jayvee bekerja keras untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke kolej.

Jayvee Lazaro Badilee II [1]/Facebook

Dia kemudiannya telah menyertai industri insurans setelah tamat bergraduasi. Setelah tujuh tahun berkecimpung, Jayvee dinaikkan pangkat sebagai pengurus cawangan. Inilah saat yang terbaik untuknya membalas budi orang tua.

Jayvee Lazaro Badilee II [1]/Facebook

Dia juga berpeluang membawa orang tuanya melancong ke luar negara. Selain itu, dia turut membeli plot tanah pada tahun 2018 untuk membina sebuah rumah besar 3 tingkat lengkap dengan 7 bilik tidur, istimewa untuk ibu bapanya.

“Kos membina rumah tersebut telah dibayar secara tunai oleh saya dan ianya dibina dalam tempoh setahun. Ia mempunyai 7 bilik tidur dan kami tidak membawa apa-apa barang daripada rumah lama kecuali televisyen yang saya beli sebagai hadiah Hari Natal sebelum itu”, kata Jayvee.

“Kini saya mempunyai peluang untuk membalas jasa mereka, maka saya akan pastikan mereka hidup seperti yang mereka impikan bahkan lebih baik daripada apa yang mereka mampu bayangkan”, katanya.

loading...