- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Resipi Udang Mentega Keju Berkrim yang tular. Jom cuba ramai-ramai

Siapa suka makan udang masak mentega? Rasanya ramai yang suka tetapi siapa yang tahu kaedah sebenar untuk menghasilkan ‘bebenang emas’ yang ditaburkan di atas hidangan ini?

Kebanyakan individu lebih selesa memasak udang mentega tanpa bebenang itu tetapi apa salahnya kalau kita mempelajari kemahiran dan teknik masakan yang baharu yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Suzana Othman [1].

Suzana Othman/Facebook [1]

Sebelum menjamu selera, kita haruslah menjamu mata kita dahulu. Hidangan udang masak mentega akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan dengan adanya hiasan bebenang itu. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita belajar langkah demi langkah mengikut cara beliau. Mudah sahaja!

Bahan A:

Bahan B:

Suzana Othman/Facebook [1]

Cara-caranya:

Pertama sekali, bersihkan udang anda. Kemudian, perapkan bersama Bahan A.

Suzana Othman/Facebook [1]

Goreng di dalam minyak yang panas. Ketepikan.

Suzana Othman/Facebook [1]

Kemudian, panaskan minyak bersama mentega. Tumis bawang putih sehingga naik baunya dan masukkan daun kari serta potongan cili api.

Suzana Othman/Facebook [1]

Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.

Suzana Othman/Facebook [1]

Setelah kuah menggelegak, masukkan kepingan keju. Teruskan kacau sos mentega anda.

Suzana Othman/Facebook [1]

Kemudian, masukkan udang yang telah digoreng tadi.

Suzana Othman/Facebook [1]

Gaul sehingga sebati dan tutupkan api.

Suzana Othman/Facebook [1]

Dalam mangkuk lain, pukul telur kuning.

Suzana Othman/Facebook [1]

Panaskan minyak dalam kuali lain bersama setengah biji mentega. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.

Suzana Othman/Facebook [1]

Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju untuk membentuk bulatan. Kacau laju-laju bagi mendapatkan bebenang telur yg halus.

Suzana Othman/Facebook [1]

Biarkan seketika sehingga minyak berbuih. Tutup api dan toskan.

Suzana Othman/Facebook [1]

Hidangan Udang Masak Mentega Keju Berkrim siap untuk dimakan!

loading...