Malang tidak berbau, lebih-lebih lagi apabila kita menghabiskan masa dalam perjalanan menaiki kenderaan di jalan raya.
Macam-macam yang boleh berlaku. Jika tidak kerana sikap segelintir pemandu, ada pula masalah lain seperti keadaan jalan raya yang mengancam keselamatan pengguna.
Baru-baru ini, warga Twitter dikejutkan dengan satu insiden yang melibatkan pemanduan di jalan raya, apabila seorang pengguna yang menggunakan nama akaun @azarudean2 memuat naik satu kejadian yang dipercayai berlaku di Shah Alam.
Located at Bulatan Melawati
SEKSYEN 13 SHAH ALAM,
Assalamualaikum,
ALLAHUAKBAR,
ALLAHUAKBAR,
Me & my daughter found something like big stone, we thought that it was just a stone wanted to remove, so i told my daughter to remove it, surprisingly my daughter showed me coconut with pic.twitter.com/1Ue6QuChmv— azarudean (@azarudean2) February 22, 2020
Menurut pengguna tersebut, kejadian itu sebenarnya dikongsikan kepadanya menerusi aplikasi Whatsapp dan dia berasa satu keperluan untuknya berkongsi kejadian ini di Twitter agar pengguna sentiasa berwaspada.
Menurut perkongsian tersebut, seorang lelaki dan anak perempuannya menjumpai satu objek yang kelihatan seperti batu di Bulatan Melawati, Shah Alam dan ia dirasakan perlu dialihkan. Maka lelaki terbabit meminta anak perempuannya untuk mengalihkan objek berkenaan.
@azarudean2/Twitter
Mengejutkan apabila mereka menunjukkan objek itu sebenarnya merupakan sebiji kelapa tua yang telah dicucuk dengan tiga batang paku. Mereka kemudiannya difahamkan telah membuat laporan polis.
Sehingga ini perkongsian tersebut mendapat menerima lebih 17,000 retweet dan rata-rata pengguna berasa terkejut dan kesal dengan penemuan tersebut.
@azarudean2/Twitter
@azarudean2/Twitter
Ada juga turut menasihati untuk mengelakkan gumpalan air, buah limau dan botol air di jalanan, dikhuatiri turut dicucuk dengan paku
@azarudean2/Twitter
Seorang pengguna lain sempat mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan tayar tambahan diisi dengan angin
@azarudean2/Twitter
Oleh yang demikian, mana-mana individu yang tinggal berhampiran dengan kawasan tadi hendaklah sentiasa berhati-hati agar tidak terlanggar apa-apa objek pelik di atas jalan raya.
Orang ramai yang bukan dari Shah Alam juga perlu sentiasa peka agar perkara sebegini tidak terjadi pada batang hidung sendiri.
Maybe you're interested :