TIMUR TENGAH – Wabak membawa maut Covid-19 kini dilaporkan menular di beberapa negara Timur Tengah seperti Kuwait, Bahrain, Iraq dan Oman sekali gus menjadikan jumlah jangkitan virus korona di Timur Tengah kepada sembilan kes.

Menerusi laporan media, terdapat sebanyak tiga kes positif Covid-19 manakala Oman mempunyai dua kes dan satu kes untuk Bahrain serta Iraq.

Pada masa yang sama, kerajaan Turki, Pakistan dan Armenia mengeluarkan arahan penutupan sempadan dengan Iran bagi menangani isu penularan wabak ini daripada terus berleluasa.

Sehingga Isnin lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memaklumkan jumlah kematian di seluruh dunia akibat jangkitan wabak ini telah meningkat kepada 2,595 individu daripada keseluruhan 77,262 kes.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Iraj Harirchi mengesahkan beliau telah diuji positif COVID-19 berikutan wabak besar virus berkenaan di republik itu.

Jelas Harirchi, beliau mengalami simptom seperti batuk dan kadangkala berpeluh semasa sidang akhbar bersama jurucakap kerajaan Ali Rabiei di Tehran pada Isnin lepas.

“Saya juga dijangkiti dengan coronavirus (COVID-19). Saya mengalami demam pada malam Isnin dan ujian awal saya positif pada tengah malam,” katanya dalam satu siaran televisyen.

“Sejak itu saya telah mengasingkan diri saya. Beberapa minit yang lalu saya diberitahu bahawa ujian terakhir saya adalah positif dan sekarang saya mula mengambil ubat. Saya ingin memberitahu anda bahawa kami pasti akan berjaya menentang virus ini dalam beberapa minggu akan datang,” kata Harirchi.

Dalam sidang itu, beliau turut menafikan dakwaan penggubal undang-undang bahawa seramai 50 individu telah meninggal dunia akibat virus tersebut di bandar Qom. Malah, beliau turut berkata akan meletakkan jawatan sekiranya khabar angin itu terbukti benar.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular