Ketika dunia sedang sibuk dengan epidemik COVID-19 yang sedang menular, Parti Komunis China (PKC) mula meninggalkan rancangan pengasingan awam dan menuntut rakyatnya supaya mula bekerja seperti biasa. 

Pusat pelancongan dan tarikan awam, restoran serta pusat membeli-belah sudah mula dibuka satu demi satu, menyebabkan orang awam keluar berkumpul tanpa bimbang.

Orang ramai dilihat mula keluar dari rumah masing-masing untuk minum teh, bersiar-siar dan makan malam yang boleh menyebabkan penyebaran panik ketika wabak belum lagi disahkan reda.

The Epoch Times/ Paparan Skrin

Sebagai satu promosi menarik rakyat bekerja semula, wilayah Jiangxi membenarkan pekerja yang mahu kembali bekerja tanpa perlu menyediakan sijil sakit.

Melainkan kawasan wabak yang diisytihar darurat dan mengalami penularan teruk seperti Hubei, keperluan kuarantin untuk semua pekerja di kawasan lain akan dibatalkan.

Orang ramai bebas bergerak di pasar Ganzhou di Jiangxi dengan tidak memakai topeng muka.

Pada 21 Februari, seorang netizen merakam video pemandangan warga bandar Ruijinjing di Ganzhou, Jiangxi sudah mula pergi ke pasar dan bazar untuk membeli-belah. Pasar itu penuh sesak dengan orang ramai sambil kebanyakannya tidak memakai topeng muka.

“Ayah saya pergi ke pasar pada waktu pagi dan membeli beberapa anak pokok untuk kembali menanam,” Cik Li dari bandar Xinfeng, Ganzhou, wilayah Jiangxi memberitahu media. 

Cik Li memberitahu bahawa pasar sudah dibuka seperti biasa, dan orang ramai boleh pergi ke sana untuk membeli barangan keperluan.

Cik Li juga berkata, “Saya tidak membeli topeng perlindungan muka, jadi saya tidak memakainya.”

The Epoch Times/ Paparan Skrin

Pada 22 Februari, kenyataan daripada pihak berkuasa wilayah Jiangxi dikeluarkan selepas penyiasatan dan mengesahkan laporan kes COVID-19 yang ringan di bandar-bandar dan daerah-daerah wilayah itu.

Walau bagaimanapun, dunia luar percaya oleh kerana kerajaan PKC cuba menutup betapa seriusnya wabak yang boleh mengancam ekonomi negara, bilangan kematian dan jangkitan sebenarnya jauh melebihi angka rasmi.

Berdasarkan maklumat yang mungkin dirasa tidak tepat, ramai netizen yang masih mengasingkan diri di rumah dan di luar negara berkata, “Kami masih mahu memujuk ahli keluarga untuk membuat pertimbangan dan berfikir serta tidak secara membuta tuli mempercayai bahawa wabak kini sedang mengalami proses pertumbuhan sifar.”

“Mengapa kami tidak dibenarkan keluar jika wabak mengalami pertumbuhan sifar? Jika tidak, apa gunanya pertumbuhan sifar? Itulah yang cuba ditanamkan kerajaan bagi membimbing pendapat umum,” tulis seorang netizen.

Manakala seorang netizen menulis,”Kumpulan ini telah diracuni oleh berita palsu, memikirkan bahawa wabak sudah hampir reda. Tidakkah anda tahu bahawa ia hanya ‘nombor’ yang dikawal oleh parti?”

Kedai sup pedas Fang Zhongshan di Zhengzhou yang popular dipenuhi orang ramai.

The Epoch Times/ Paparan Skrin

Pada pagi 22 Februari, orang ramai mula beratur di hadapan kedai sup pedas Fang Zhongshan di Zhengzhou, wilayah Henan. Kumpulan WeChat dan kalangan rakan warga Zhengzhou agak terkejut melihat pemandangan khalayak ramai di hadapan kedai Fang Zhongshan.

Keadaan ini telah menakutkan peniaga yang mana telah mengarahkan lima orang pekerja dengan memakai pakaian pelindung untuk menjaga tempahan pelanggan.

Kedengaran pekerja menjerit: “Jauhkan jarak lebih dari satu meter, jaga jarak!” dan pada hari yang sama, pegawai kawalan wabak tempatan tiba di tempat kejadian lalu menyoal pemiliknya.

The Epoch Times/ Paparan Skrin

Pengurus Besar Fang Zhongshan, Fang Jiangbei berkata, “Menyambung semula kerja dan industri adalah dengan mengikut garis panduan serta peraturan yang dikeluarkan kerajaan, dan segalanya adalah dengan orientasi keselamatan.” 

Katanya, mereka hanya akan mula menjual makanan dalam bungkusan pada keesokan hari bagi mempercepatkan proses penjualan.

Seorang netizen berkata: “Situasi epidemik membuat ramai orang yang merindui kehidupan menikmati sup pedas dan mereka pergi ke Fang Zhongshan seperti sedia kala untuk itu.”

Manakala beberapa netizen mengambil gambar orang ramai yang memakai topeng muka sedang beratur panjang untuk membeli mi daging lembu di hadapan restoran ‘Siber Lake’ yang terkenal.

The Epoch Times/ Paparan Skrin

Jalanan Guangyuan, Sichuan dibanjiri orang ramai yang berkumpul untuk minum teh.

Pada 21 Februari, orang ramai berkumpul di Guangyuan, Sichuan untuk berjemur di bawah sinaran matahari. Dataran Lizhou dipenuhi warga yang berkumpul untuk minum teh. 

Rakaman video menunjukkan orang awam berkumpul di Dataran Lizhou, dengan terdapat pemilik kedai teh melayan pelanggan dengan kerusi meja yang padat sehingga ke luar dan mereka datang untuk menikmati teh boba.

Warga Guangyuan membuka topeng muka mereka untuk minum teh dengan gembira, satu peristiwa luar kebiasaan ketika wabak sedang melanda.

Seorang netizen menulis di Twitter, “Tubuh mempunyai virus, dan doktor boleh membantu anda. Sekiranya otak dimasuki virus, pari-pari tidak dapat menyelamatkan anda.”

The Epoch Times/ Paparan Skrin

Ramai netizen yang terkejut sambil berkata, “Oh Tuhan, ramai sungguh orang tanpa topeng muka, dahsyat! Anda tidak boleh bekerja dan boleh menyebarkannya kepada orang lain. Sangat berbahaya untuk mengumpulkan orang seperti ini.”

Pegawai awam tempatan dikatakan bertanggungjawab terhadap insiden di atas.

Sebagai tindak balas, sesetengah netizen berkata, “Penyambungan semula polisi buruh telah dikeluarkan dan selepas itu pembukaan semula kedai adalah normal. Bukankah itu memberi ruang kepada orang awam untuk masuk? Polisi-polisi yang bercanggah!”

5,000 orang di Xihuyong, Hangzhou, yang tidak memakai topeng muka.

Selepas pembukaan Hangzhou West Lake Scenic Spot di Zhejiang pada hujung minggu, warga tempatan mengadakan lawatan dan berkelah. Pada 22 Februari, dianggarkan lebih 5,000 pelancong mengunjungi tasik itu.

Beberapa kakitangan berkata pada hujung minggu pertama selepas tasik dibuka, ruang tempat letak kereta penuh. Suhu tertinggi pada hari itu adalah hampir 20°Celsius dan orang ramai membuka topeng muka mereka.

“Ia terlalu panas, buka topeng muka,” kata mereka.

Bermula jam 8 pagi hingga 1 petang pada 22 Februari, aliran penumpang yang melalui jambatan patah di tasik itu telah melebihi 2,000 orang.

Di samping, kemasukan sebilangan besar pelawat ke Xiangshan, Beijing telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius.

@cni9k/Twitter

Pasaraya Costco Shanghai mempunyai barisan pelanggan yang panjang dan pada 21 Februari dengan paparan skrin di Costco Shanghai menunjukkan seramai 1,900 orang telah mengunjunginya setakat jam 1.30 tengahari.

Netizen yang berada di rumah dan luar negara berkata, “Setiap hari saya menonton laporan CCTV dengan formatnya yang hebat. Hari ini kita akan pergi ke taman untuk berpesta dan esok hari kita akan jatuh sakit.”

“Orang ramai telah disesatkan oleh berita palsu kerajaan kerana mereka menyangka wabak itu telah berlalu. Bagaimana mereka boleh mengharapkan kerajaan bercuti demi menggalakkan semua orang kembali bekerja,” jelas seorang netizen.

“Ini seperti mendorong wabak kepada lebih besar. Sekarang masa paling berbahaya. Jika anda disaran supaya tinggal di rumah, anda mesti tinggal di rumah. Jangan kembali bekerja selepas mendengarnya, kerana ia seperti pertaruhan nyawa sendiri,” tulis netizen yang bimbang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular