SEOUL – Sebanyak 161 lagi kes membabitkan Covid-19 berlaku di Korea Selatan dengan angka jangkitan terkini mencecah kepada 893 kes sekali gus menjadikannya jumlah paling besar di luar China.

Gambar Hiasan/YouTube

Peningkatan kes virus korona secara mendadak di negara tersebut dilaporkan dikesan di sekitar bandar Daegu sejak minggu lalu. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea turut memaklumkan bahawa kebanyakan kes yang terlibat mempunyai perkaitan rapat dengan Gereja Shincheonji of Jesus di Daegu.

Lantaran itu, pemimpin Gereja Shincheonji telah memberikan persetujuan kepada pihak berkuasa untuk mengambil nama kesemua 215,000 orang anggotanya di Korea Selatan. Hal ini demikian kerana kerajaan Korea Selatan merancang untuk mengadakan ujian pengesanan virus korona ke atas semua ahli gereja secepat mungkin.

Gambar Hiasan/YouTube

“Kami sentiasa meminta senarai itu berdasarkan penilaian kami bahawa adalah penting untuk mendiagnosis semua anggota gereja untuk membendung penyebaran virus dan meredakan kebimbangan awam,” memetik kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri.

Gambar Hiasan/YouTube

Pada masa yang sama, dua lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia di sekitar sebuah hospital di Cheongdo manakala seorang lagi di hospital sekitar Gyeongsang. Lantaran itu, angka korban akibat wabak korona sehingga ini adalah seramai sembilan orang.

Peningkatan kes secara mendadak ini membuatkan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengeluarkan amaran mengenai COVID-19 kepada tahap tertinggi ‘merah’ dan memaklumkan bahawa pihak kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani penularan wabak itu.

Gambar Hiasan/YouTube

Selain itu, kerajaan untuk mengeluarkan perintah untuk melanjutkan cuti sekolah dan tadika di seluruh negara selama seminggu di samping merangka perancangan untuk menguatkuasakan dan memperketatkan pemantauan dua minggu terhadap ketibaan dari China.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular