Ribut Ciara telah melanda seluruh Ireland dan United Kingdom pada 8 hingga 9 Februari yang lalu sebelum membadai pantai utara Eropah. 

Hanya seketika selepas Ribut Ciara berlalu, seorang wanita berjaya mengambil gambar-gambar yang digelarnya ‘Eye Of The Storm’ atau ‘Mata Ribut’ yang dikongsi di laman Facebook.

Gambar tersebut menunjukkan bulan purnama yang dikelilingi oleh pembentukan awan semula jadi, menjadikan ia secara kebetulan kelihatan seperti mata besar seseorang melihat ke bumi dari langit.

Sarah Hutchinson/Facebook

Sarah Hodges, 48 ​​tahun dari Bolton, United Kingdom, menyaksikan bulan terang bersinar melalui tingkapnya pada malam 11 Februari dan secara spontan menangkap imej ‘mata ribut’ itu dengan telefon pintar Samsung S9 miliknya.

Sarah ingin berkongsi pemandangan indah itu dengan rakan-rakannya, lalu telah memuat naik gambar-gambar itu di halaman Facebook.

Gambar itu diambil di Bolton, Lancashire di mana beberapa hari selepas Ribut Ciara melanda.

Sarah Hutchinson/Facebook

Sarah tidak pula menyangka gambar-gambar dengan pemandangan indah ‘mata ribut’ seperti dalam lukisan yang diambil dengan telefon Samsung S9 dengan cepat menjadi tular.

Sarah yang bekerja sebagai pembuat roti berkata, “Saya mengambil gambar itu pada hari Selasa 11 Februari 2020, antara jam 9.34 dan 9.39 malam, hanya dari tingkap bilik tidur rumah saya.”

Sarah berkata dia sememangnya akan terpesona apabila melihat apa-apa sahaja pemandangan membabitkan bulan di waktu malam, matahari terbenam, matahari terbit, serta pemandangan indah matahari dan bulan di laut. 

Sarah Hutchinson/Facebook

“Saya hanya menggunakan telefon pintar Samsung S9. Saya tahu saya amat bertuah kerana orang lain menghabiskan wang yang banyak dengan membeli kamera terbaik demi mendapatkan rakaman imej atau gambar pemandangan sempurna. Saya rasa terharu dan bangga, kerana ia berlaku hanya sekali buat seumur hidup … yang mana saya kini faham perasaannya,” kata Sarah kepada media.

Gambar yang dimuat naik telah mendapat lebih 20 ribu perkongsian di Facebook dengan ramai netizen yang memuji keindahan mempesona ‘mata ribut’ ciptaan Tuhan yang menakjubkan.

Sarah Hutchinson/Facebook

Oleh kerana gambar-gambar tersebut telah menjadi tular di media sosial, ramai yang terkejut serta meremang bulu roma selepas melihat keindahannya.

“Saya akan menyimpan imej ini kerana menyukainya sebagai latar belakang telefon saya,” komen seorang netizen.

Sambil ada yang memberi komen dengan muat naik imej yang diubah suai, “Saya akan benar-benar bimbang jika melihat imej seperti ini di langit.”

Sarah Hutchinson/Facebook

“Sungguh menakjubkan!” tambah seorang netizen.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular