- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Ribuan ekor belalang juta mungkin akan ‘menyerang’ beberapa kawasan di selatan China

GUANGXI: Belum lagi isu mengenai COVID-19 selesai, China kali ini dikatakan mungkin akan diserang oleh ribuan ekor belalang juta yang bergerak di kawasan selatan negara itu.

Pencerobohan ini dikatakan mirip seperti yang berlaku di Afrika sehingga menyebabkan jutaan orang Afrika mengalami masalah gangguan makanan.

Menurut penyelidik di Institut Perlindungan Tumbuhan Akademi Sains Pertanian China, Zhang Zehua, serangan serangga tersebut berkemungkinan besar akan menjejaskan wilayah Yunnan dan Sichuan, serta wilayah autonomi Guangxi Zhuang.

Twitter [1]

“Tidak mungkin belalang ini akan terus berhijrah ke kawasan pedalaman China. Namun, jika serangan belalang ini berterusan, ia berkemungkinan akan memasuki China pada Jun atau Julai dengan peningkatan ketara,” katanya.

Menurunya lagi, wilayah autonomi Tibet dan sempadan negara Pakistan, India dan Nepal merupakan kawasan pembiakan spesies belalang juta. Selain itu, beliau juga percaya bahawa belalang juta tidak akan mengancam pengeluaran pertanian di negara itu kerana China memiliki sistem pencegahan.

Zhang walau bagaimanapun turut memberi amaran bahawa belalang juta akan memberi ancaman kepada China jika serangga tersebut tidak dikawal dengan baik. Walaupun China mempunyai sistem pencegahan yang boleh mengawal kemungkinan pencerobohan di China tetapi pemantauan semasa adalah penting.

Peralatan aplikasi farmaseutikal dan racun perosak yang mencukupi serta pekerja terlatih selain penyelarasan merentas rantau oleh kerajaan pusat perlu diselaras.

Gambar Hiasan/Pexels [2]

Pada bulan Januari, belalang jenis itu dilaporkan telah dikesan di Djibouti dan Eritrea dan kini merebak ke Tanzania dan Uganda sehingga menyebabkan berlakunya ancaman terhadap keselamatan makanan dan turut memberi kesan kepada tempat tinggal jutaan penduduk.

Serangan tersebut juga dikatakan sebagai serangan paling teruk yang berlaku dalam beberapa dekad. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa belalang juta adalah “perosak migrasi paling bahaya di dunia.”

loading...