WUHAN – Seorang bayi berusia 17 hari merupakan pesakit COVID-19 paling muda yang pulih sepenuhnya daripada virus berkenaan di China setakat ini, selepas dilahirkan oleh ibunya yang disahkan positif COVID-19.

Bayi perempuan berkenaan, Xiao Xiao difahamkan telah dibenarkan keluar daripada hospital pada 21 Februari lalu setelah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 tanpa sebarang bantuan perubatan.

YouTube

Menurut laporan, pada hari yang sama Xiao Xiao dilahirkan, dia telah dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Wuhan dan tidak lama selepas itu, dia disahkan positif dengan virus tersebut.

Menurut Dr Zeng Lingkong selaku Pengarah Jabatan Neonalatologi di hospital berkenaan, Xiao Xiao mengalami jangkitan pada sistem pernafasannya selain mempunyai kerosakan minor pada bahagian miokardial.

Oleh kerana gejala yang ditunjukkan bayi itu tidak begitu ketara, para doktor yang bertugas memutuskan untuk tidak memberikannya antibiotik dan membiarkan tubuh bayi itu melawan penyakit secara semula jadi.

“Dia tidak mengalami kesukaran ketika bernafas, tidak batuk atau demam. Oleh itu, kita hanya memberi rawatan untuk keadaan miokardialnya sahaja”, jelas Dr Zeng.

YouTube

“Dia kemudian dibenarkan pulang ke rumah pada petang Jumaat selepas didapati negatif dalam tiga ujian pengesanan asid nukleik berturut-turut”, katanya lagi.

Dr Zeng menambah bahawa bayi itu telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 serta penyakit jantungnya. “Dia semakin besar dan lebih gemuk di sini”, kata Dr Zeng.

Hakikatnya, para doktor di China bimbang akan kemungkinan jangkitan penyakit berkenaan berlaku daripada ibu kepada bayi mereka di dalam rahim.

Pada awal bulan Februari, terdapat seorang bayi yang baru sahaja 30 jam dilahirkan telah disahkan positif COVID-19 selepas dilahirkan oleh ibunya yang positif di Wuhan.

YouTube

“Ia mengingatkan kita untuk memberikan perhatian kepada laluan transmisi baru yang berpotensi – pemindahan menegak daripada ibu kepada bayi terhadap COVID-19”, jelas Dr Zeng.

Di China, COVID-19 telah membunuh lebih kurang 2,592 dan menjangkiti kira-kira 77,000 setakat ini selain turut melumpuhkan ekonomi.

Pesakit tertua di negara terbabit merupakan seorang wanita berusia 96 tahun yang pulih daripada penyakit itu setelah dirawat di unit rawatan intensif selama tiga hari.

Secara global, COVID-19 telah membunuh sekurang-kurangnya 2,628 orang, dijangkiti lebih daripada 79,700 dan merebak ke sekurang-kurangnya ke dua belas buah negara.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular