CHINA – Saintis tempatan menemui bukti bahawa COVID-19 boleh tersebar tanpa menunjukkan sebarang gejala berdasarkan kes yang berlaku melibatkan seorang wanita dari Wuhan yang mengembara ke tempat lain.

Dalam kes terbabit, wanita berusia 20 tahun tersebut difahamkan telah mengembara sejauh 675 kilometer daripada pusat wabak COVID-19 tersebut menuju ke Anyang, di mana virus itu kemudiannya menjangkiti 5 orang saudara terdekat tanpa menunjukkan sebarang gejala.

Gambar Hiasan/Unsplash

Kajian kes yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, mencadangkan petunjuk tentang cara virus itu tersebar selain mencadangkan sebab musabab ia mungkin sukar untuk dihentikan.

Menurut Dr William Schaffner selaku pakar penyakit berjangkit dari Pusar Perubatan Universiti Vanderbilt, para saintis telah bertanya sama ada pesakit boleh dijangkiti virus tersebut selain tidak jatuh sakit dan jawapan diberikan adalah ‘ya’.

Penyelidik telah melaporkan akaun sporadis individu tanpa sebarang gejala yang telah menyebarkan virus. “Apa yang membezakan kajian ini adalah ia menawarkan percubaan makmal semula jadi”, tambah Schaffner lagi.

“Terdapat seorang pesakit dari Wuhan (lokasi punca asal virus tersebut), di mana dia kemudian telah pergi ke kawasan yang bebas daripada virus itu. Dia kekal tanpa gejala dan menjangkiti ahli keluarga menyebabkan para doktor segera menguji kesemua individu”.

Menurut laporan Dr Meiyun Wang dari Hospital Rakyat Zhengzhou University dan rakannya, wanita itu telah mengembara dari Wuhan ke Anyang pada 10 Januari lalu dan melawat beberapa sanak saudaranya di sana.

Apabila mereka mulai sakit, doktor kemudian bertindak mengasingkan wanita itu dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atasnya. Pada mulanya, hasil ujian wanita itu adalah negatif tetapi ujian susulan menunjukkan positif.

Kesemua lima individu terbabit juga turut didiagnosis dengan COVID-19, tetapi sehingga 11 Februari, wanita muda itu masih belum mengalami sebarang gejala. Imbasan CT padanya masih normal – tidak demam, sakit perut, simptom gangguan pernafasan, batuk dan sakit tekak.

Para saintis dalam kajian itu berkata jika penemuan itu direplikasi, pencegahan jangkitan COVID-19 dapat dibuktikan mencabar. “Persoalan utama kini adalah berapa kerap transmisi sebegini berlaku ketika seseorang berada dalam tempoh asimtomatik apabila diuji dengan virus tersebut”, kata Schaffner.

Setakat ini, China telah melaporkan sejumlah 75,567 kes virus yang dikenali sebagai COVID-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini termasuklah 2,239 kematian. Virus itu juga telah merebak ke 26 negara dan wilayah di luar tanah besar China.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular