Pada pendapat anda adakah cinta sejati itu wujud? Alangkah bertuahnya buat mereka yang menemui cinta sejati sehingga ke akhir hayat.

Kenangan bersama tersayang pastinya akan menjadi momen paling indah untuk dikenang walaupun mereka sudah tiada.

Cinta antara pasangan Tracey dan suaminya, Rich Cox nampaknya hanya dipisahkan oleh ajal. Tracey telah kematian suaminya pada tahun 2012 yang lalu akibat kanser tekak.

EliteReader

Walau bagaimanapun Tracey dikatakan tetap menerima jambangan bunga dan mesej cinta daripada suaminya walaupun lelaki itu telah pergi buat selamanya.

Kejutan itu telah disediakan oleh Rich sebelum dia meninggal dunia lagi. Jadi, pada setiap hari lahir atau Hari Kekasih, Tracey akan menerima jambangan bunga dan kad dengan nota cinta sehingga hari ini.

Gambar Hiasan/Pixabay

Anak perempuan Tracey, Bethany mengatakan bahawa sebelum ayahnya meninggal, Rich ada memberitahunya dan tiga orang adik-beradik lain tentang ‘rancangan rahsia’ nya.

Ketika menerima bunga buat pertama kali selepas kematian suaminya Tracey berasa sangat terkejut. Pada waktu itu suaminya telah setahun meninggal dunia.

Dia masih ingat akan momen penuh emosi ketika itu tetapi dalam masa yang sama dia berasa tenang kerana dia merasakan bahawa suaminya akan sentiasa ada bersamanya.

Gambar Hiasan/Pixabay

Tracey menyangka jambangan bunga tersebut adalah pemberian terakhir daripada suaminya namun hakikatnya masih ada jambangan-jambangan bunga dan nota cinta yang diterima selepas itu. Bethany menyifatkan cinta orang tuanya adalah cinta yang sejati.

Bethany bahkan tidak terkejut dengan apa yang telah dilakukan oleh bapanya. Katanya lagi ayahnya juga seorang yang suka akan kejutan. Dia juga mengatakan bahawa baginya ayahnya itu adalah ‘lelaki contoh’ yang sering diimpikan oleh setiap wanita.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular