KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 tengahari, 24 Februari 2020.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar telah mengesahkan surat peletakan jawatan tersebut.
Dr. Mahathir bin Mohamad/Facebook
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang ini di Istana Negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu menerusi kenyataan media Pejabat Pengerusi Bersatu.
Dr. Mahathir bin Mohamad/Facebook
Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Maybe you're interested :