- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Trak penuh dengan bangkai buaya terbalik

BANGKOK- Sebuah trak yang membawa lebih daripada 80 ekor bangkai buaya dilaporkan telah terbalik di sebuah jalan pada 21 Februari lalu.

YouTube [1]

Kejadian yang berlaku di Wilayah Tamaka, Kanchanaburi itu telah mengejutkan ramai orang. Tiada yang menyangka bahawa trak tersebut sebenarnya memuatkan puluhan ekor bangkai buaya yang memiliki panjang sekitar satu meter.

YouTube [1]

Dilaporkan juga bahawa bangkai buaya-buaya ini akan dibawa ke sebuah ladang di Wilayah Samut Prakan. Namun begitu, dalam perjalanan ke sana trak tersebut tiba-tiba terbalik.

Pemandu dan penumpang yang ada di dalam trak dikatakan mengalami kecederaan pada tangan, kaki dan kepala.

YouTube [1]

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut turut membantu. Bangkai-bangkai buaya kemudian dipindahkan ke tepi jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas daripada berlaku.

loading...