Kebelakangan ini, cuaca di Malaysia agak panas lebih-lebih lagi di kawasan Utara menyebabkan ramai orang yang memasang penyaman udara di rumah masing-masing untuk menyejukkan tubuh. Jika tidak, pasti berpeluh-peluh walaupun tidak melakukan apa-apa.

Sementara menunggu penyaman udara untuk membekalkan kedinginan di dalam rumah, pasti ramai di antara kita yang turut membiarkan kipas di rumah terbuka. Malah ramai juga yang membiarkan kedua-duanya terpasang untuk kesejukan maksimum. Tapi adakah keadaan ini mempunyai kesan?

Gambar Hiasan/VisualHunt

Seorang juruteknik yang pakar tentang penyaman udara baru-baru ini ada berkongsikan sesuatu yang berguna untuk kita semua menerusi akaun Facebook peribadi miliknya, Muhammad Noramin Mat.

Untuk pengetahuan semua menurutnya, apabila kita menghidupkan kedua-dua kipas dan penyaman udara di rumah, keadaan tersebut bakal menyebabkan suhu panas dan dingin bercampur, di mana ia akan menyebabkan penapis pada penyaman udara cepat tersumbat.

Apabila keadaan tersebut berlaku, penapis pada penyaman udara itu perlu kerap dibersihkan. Jika tidak, mana mungkin kita akan merasai sensasi dingin daripada penyaman udara itu, bukan? Sebaliknya hanya akan dapat rasa angin daripada dingin.

Berikut merupakan gambar rajah yang dilukis oleh Noramin untuk memudahkan kita untuk memahami keadaan tersebut :

Gambar A – Situasi normal apabila penyaman udara dibuka tanpa kipas. Kitaran udara yang panas dan dingin adalah berada dalam keadaan yang baik.

Muhammad Noramin Mat/Facebook

Gambar B – Situasi apabila kedua-dua kipas dan penyaman udara dibuka, menyebabkan penyaman udara ‘keliru’ dengan suhu pada sesuatu ruang. Kitaran udara yang panas dan dingin bercampur. Ia juga menjadi punca bil elektrik tinggi, tidak ditambah lagi apabila menggunakan mod kering.

Muhammad Noramin Mat/Facebook

Sudah jelas sekarang bahawa tabiat membuka kipas bersama dengan penyaman udara di rumah sebenarnya agak merugikan kita. Dengan perkongsian ini diharapkan agar kita semua dapat manfaat daripadanya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular