Kanak-kanak memang banyak ragam dan kerenahnya. Ada sahaja yang tidak memuaskan hati mereka sehingga kalau boleh semua permintaan mereka perlu dituruti.

Hal itu adalah normal dan biasa sahaja terjadi. Itu kalau berbicara mengenai kanak-kanak belum bercerita mengenai bayi lagi. Siapa kata bayi kecil tiada kehendak tersendiri? Mereka juga punya emosi dan perasaan yang harus dijaga.

Rodrigo Kunstmann/Facebook

Buktinya? Lihat sahaja bayi kecil yang baru lahir di Brazil ini. Bayangkan, keluar-keluar sahaja ke dunia dia sudah menunjukkan emosi muka yang sukar ditafsirkan.

Jika sekali lihat seperti dia mempamerkan wajah garang seolah-olah tidak berpuas hati kerana akhirnya ‘terpaksa’ lahir sedangkan dia masih mahu tidur di dalam perut ibunya. Momen-momen lucu tersebut telah berjaya dirakam oleh seorang jurugambar profesional, Rodrigo Kunstmann.

Rodrigo Kunstmann/Facebook

Si comel yang dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di Rio de Janeiro, Brazil ini kemudian diberi nama Isabela pada 13 Februari lalu. Untuk memastikan bayi yang lahir hidup dan paru-parunya berfungsi dengan baik, doktor biasanya akan memukul punggung mereka.

Jadi, doktor di dalam bilik pembedahan juga melakukan hal yang sama kepada Isabela untuk membuatkan bayi itu menangis namun sebaliknya berlaku apabila si kecil itu tidak langsung menangis dan hanya mengerutkan keningnya. Dia hanya menangis selepas beberapa ketika.

Rodrigo Kunstmann/Facebook

Ibu Isabela, Diane telah mengupah Kunstmann untuk merakam detik-detik berharga tersebut dan jurugambar tersebut telah berjaya merakam setiap detik paling berharga tersebut.

Kunstmann kemudian telah memuat naik gambar-gambar dan video tersebut di Facebook sehingga meraih perhatian daripada netizen seluruh dunia.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular