Tidak semua antara kita yang dilahirkan demgan bakat reka cipta. Buat mereka yang sememangnya dianugerahkan dengan kelebihan ini pastinya beruntung kerana mereka dapat mereka apa sahaja mengikut cita rasa mereka sendiri. Hasil tangan mereka juga pasti lebih memuaskan hati dan terserlah.

Buat lelaki ini pula dia telah menggunakan segala idea kreatifnya untuk menghasilkan sepasang gaun yang sangat cantik buat kakaknya untuk digunakan di dalam majlis tari-menari di sekolah.

Semuanya bermula apabila sekolah mereka mengumumkan akan mengadakan sebuah majlis tari-menari atau prom. Pemuda bernama Maverick Francisco Oyao itu kemudian mula bimbang akan ibu bapa mereka tidak mampu untuk membeli atau menyewa gaun untuk kakaknya. Jadi, dia memutuskan untuk membuat sendiri gaun tersebut.

Pemuda Filipina itu telah memuat naik status Facebook yang memberitahu bahawa pada awalnya dia sendiri agak teragak-agak untuk membenarkan kakaknya hadir ke acara tersebut kerana tahu bahawa kos untuk membeli atau menyewa gaun adalah mahal. Dia juga sedar bahawa ibu bapanya mungkin tidak mampu jadi bagaimana untuk mendapatkan wang untuk menyewa atau membeli gaun.

Namun kakaknya tetap tegas dengan keputusannya untuk menyertai acara tersebut kerana itu adalah peluang terakhirnya untuk menyertai majlis tari-menari sekolah tinggi.

Jadi, untuk menjimatkan wang, Oyao pada mulanya terfikir untuk meminta seorang tukang jahit untuk membuat pakaian untuk kakaknya namun dia kemudian sedar bahawa cara itu juga sebenarnya memakan kos yang tinggi. Hal itu membuatkan dia akhirnya memutuskan untuk membuat sendiri gaun untuk kakaknya.

“Setelah desakan kakak saya, saya memutuskan untuk memulakan misi baru saya,” kata Oyao.

Dia kemudian mula melihat-lihat pelbagai reka bentuk baju di Google dan menonton video di YouTube tentang cara membuat gaun sendiri. Dia juga mengambil ilham dari Koleksi Musim Bunga dan Musim Panas seorang pereka terkenal,  Michael Cinco dan dia mula mereka konsep untuk gaun kakaknya.

Untuk menghasilkan gaun itu ibu mereka juga turut sama membantu. Gaun tersebut dihasilkan dengan menggunakan kain satin berwarna biru diraja bersama dengan reben satin bersilang putih. Oyao juga menjahit bunga-bunga putih dan manik-manik untuk menambah lagi keindahan gaun tersebut.

Pada bahagian atas pula Oyao telah menggunakan warna air berwarna biru untuk menambah warna pada kain berwarna putih. Selain itu, untuk bahagian lengan Oyao telah mencipta lengan bercorak sirip untuk menambah seri pada gaun tersebut.

Oyao telah memuat naik gambar hasil rekaannya di Facebook dan ramai netizen yang memuji hasil tangan tersebut. Mereka bukan sahaja terkejut melihat gaun cantik itu malah ramai juga yang tersentuh kerana Oyao sanggup melakukan semua itu demi kakaknya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular