Kehilangan kucing tersayang memberikan kesan yang mendalam khasnya buat si pemilik kucing, ianya seperti kehilangan ahli keluarga. Mungkin anda pernah dengar tentang tips meminta bantuan kucing jalanan untuk mencari dan ‘menyuruh’ kucing peliharaan pulang, bukan?

Tetapi muncul persoalan sejauh manakah langkah seperti ini berkesan untuk kucing peliharaan kita pulang semula ke rumah? Pernahkah anda mencubanya? Seorang pengguna Twitter dari Jepun, @charlie0816 ada berkongsi kisahnya.

Menurut pengguna itu, kucing kesayangannya telah hilang dua hari yang lalu. Dia kemudian mengetahui akan tips tersebut di laman Twitter yang melibatkan bantuan daripada kucing jalanan ataupun yang terbiar.

“Pada malam itu, saya mencubanya. Saya keluar untuk pergi ke kedai berhampiran dan di sana saya telah terjumpa dengan kucing jalanan. Ketika itu, saya meminta pertolongan daripadanya. Keesokan paginya, kucing saya pulang.”

@charlie0816/Twitter

Tweet tersebut mendapat retweet lebih 68,000 kali. Ternyata ianya berhasil! Perkara tersebut kemudiannya menerima perhatian warga Twitter yang turut berkongsi kisah masing-masing.

“Ia berkesan. Saya pernah meminta kucing jalanan untuk mencari kucing saya. Anak kucing saya itu kemudiannya pulang!”

@charlie0816/Twitter

“Kucing kami hilang selama seminggu ketika kami berpindah rumah. Saya minta kucing jalanan bantu saya mencarinya. Esoknya, kucing tersebut membawa pulang kucing saya ke rumah”.

@charlie0816/Twitter

“Kucing anak saya hilang dan dia telah bercakap dengan kucing jalanan untuk membawanya pulang. Dua minggu selepas itu, kucingnya pulang. Mungkin kucing memahami apa yang diperkatakan anak saya”.

@charlie0816/Twitter

Secara ringkasnya, terdapat pelbagai cara untuk kucing berkomunikasi, tidak kiralah sama ada dengan manusia mahupun dengan kucing yang lain. Sebagai contoh, mereka mengiau, mendesis, melalui pergerakan badan dan tingkah laku.

Lazimnya, kucing akan ‘bercakap’ antara satu sama lain dengan menggunakan bunyi istimewa, interaksi fizikal, tanda visual dan kimia.

Secara keseluruhannya, kita sebagai manusia tidak berupaya untuk menakrifkan bahasa kucing sepenuhnya namun jelas bahawa hasil evolusi bertahun-tahun membuatkan mereka telah mengembangkan bahasa mereka sendiri.

Justeru, jika anda ternampak mana-mana kucing yang menggerakkan ekor dan telinga secara tiba-tiba, ia mungkin menandakan bahawa mereka sedang menghantar mesej penting kepada kenalan kucing mereka yang lain.

Nampaknya, kucing tahu sedikit sebanyak rahsia dan cara untuk membuatkan kucing hilang, pulang semula ke pangkuan tuannya. Jadi sama-sama kita menjaga kebajikan mana-mana kucing jalanan mulai sekarang. Jangan zalimi mereka kerana mereka ada ketika kita memerlukan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular