Benar kata pepatah berpantang maut sebelum ajal. Hal ini bermaksud walaupun seseorang itu berada dalam situasi yang bahaya dan boleh mengancam nyawa namun seseorang itu dia tidak akan meninggal kerana belum tiba ajalnya. Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda apabila dia bernasib baik kerana tidak dihempap dengan kipas siling yang jatuh menimpa.

Twitter

Hanya kerana dia tunduk untuk mengambil pelekat di bawah meja dia terselamat daripada bencana tersebut. Bayangkan selepas hanya selepas tiga saat dia menunduk kipas tersebut terus jatuh dan hampir terkenanya.

Twitter

Rakaman video mendebarkan tersebut telah dimuat naik di laman Twitter oleh seorang netizen, tniax yang menunjukkan saat-saat cemas ketika kejadian tersebut berlaku.

Rata-rata pengguna Twitter yang menonton video tersebut melahirkan rasa lega dan bersyukur kerana lelaki ini terselamat daripada bahaya tersebut.

Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular